• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlanggar Lembu Melintas, 2 Beradik Maut Kemalangan

oleh Ahmad Albab
20/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua beradik maut setelah kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah tembok akibat terlanggar seekor lembu yang melintas jalan di KM21 Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Ubai dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa yang maut di tempat kejadian merupakan pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero tersebut iaitu Mohd Nazri Ismail, 23, dan adik perempuannya Nur Hidayati, 19.

Dua lagi adik beradik mangsa Muhammad Hassan, 21, dan Muhammad Nasir, 15, serta anak angkat kepada keluarga mereka Mohd Shazrul Amri Shaari, 23, pula cedera.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Mohd Nazri yang dalam perjalanan dari arah Pekan menghala ke Kuantan terlanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan hingga mengakibatkan Mitsubishi Pajero itu terbabas.

“Kenderaan ini telah terbabas naik ke atas pembahagi jalan, dan terus melanggar sebuah tembok di tempat pusingan U (Kampung Ubai) dan menyebabkan kenderaan itu terbalik masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat daripada kemalangan terbabit, pemandu dan penumpang hadapan kenderaan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian, dan tiga lagi penumpang belakang kenderaan itu cedera,” katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Aziz berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada pemandu yang gagal mengawal kenderaan berkenaan hingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Beliau berkata mayat dua beradik itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini manakala tiga lagi mangsa yang cedera turut mendapatkan rawatan di hospital sama. – BERNAMA

Tags: adik-beradikkemalangan mautLanggar Lembu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd