• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Kertas Lama Disimpan Cecah RM80,000

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Mengumpul wang kertas atau syiling lama bukan sahaja satu hobi yang unik, malah merupakan sejenis pelaburan menguntungkan kerana harganya mampu mencecah puluhan ribu ringgit jika dijual.

Penganjur Malayan Banknote Fair, Richard Lim berkata sejak menganjurkan pameran wang lama tiga tahun lalu, beliau pernah berjumpa dengan pemilik yang mempunyai sekeping wang kertas lama bernilai kira-kira RM80,000.

“Beliau (pengumpul wang lama) itu tidak menyedari wang kertas lama yang dimilikinya berharga sangat tinggi sehinggalah dinilai oleh pakar penilai wang profesional.

Jika bertemu dengan kes seperti ini kami akan membantu pemilik itu menjual wang lama itu jika dia mahu menjualnya kerana kami ada jaringan (network) dengan peminat dan pengumpul wang lama,” katanya kepada Bernama pada pameran Malayan Banknote di sebuah pasaraya di Perai dekat sini, hari ini.

Richard berkata pengetahuan tentang cara menilai wang kertas lama sangat penting bagi memastikan pemilik tidak ditipu oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab semasa melakukan urusan jual beli.

Richard berkata pada pameran anjurannya, orang ramai boleh datang untuk melihat serta mendapatkan maklumat mengenai cara menyimpan dan menilai mata wang lama yang dimiliki.

“Kami menyediakan khidmat penilai profesional percuma. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk pameran ini dan orang ramai boleh datang untuk menjual atau membeli wang lama jika ada menyimpannya,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai penganjuran pameran berkenaan orang ramai boleh hubungi penganjur di talian 018-9405221.

Sementara itu seorang pengumpul mata wang lama yang ditemui pada pameran itu, G.Bala, 40, berkata beliau merupakan generasi kedua mengumpul wang lama yang diwarisi daripada bapanya.

Bala berkata, hobi mengumpul mata wang lama sangat menguntungkan dan beliau menumpukan sepenuh masa melakukannya sebagai sumber pendapatan utama keluarga.

“Saya mampu peroleh keuntungan yang tinggi dan membolehkan saya membuka sebuah kedai di Ipoh, Perak dengan dibantu oleh empat orang pekerja,” katanya. – BERNAMA

Tags: Duit LamahobiWang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Perunding Kewangan Didakwa Menipu Duit Pelanggan

Bekas Perunding Kewangan Didakwa Menipu Duit Pelanggan

27/10/2022
0

PONTIAN: Seorang bekas perunding kewangan sebuah bank mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahguna wang dan menipu wang pelanggan membabitkan...

Wang I-Lestari RM10,000 Lesap

Wang I-Lestari RM10,000 Lesap

22/08/2022
0

Petaling Jaya : Wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik seorang lelaki sebanyak RM10,000 lesap sekali mata apabila ditipu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd