• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Terkenal Dengan Lontaran Idea Bernas

oleh Ahmad Albab
13/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sememangnya terkenal sebagai seorang sultan yang sentiasa melontarkan idea-idea bernas selain teguran membina.

Diputerakan pada 27 Nov 1956, baginda yang merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah dan Tuanku Siti Bainun Mohd Ali, berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Sultan Nazrin, 60, turut memegang pelbagai jawatan antaranya Canselor Universiti Malaya dan Universiti Sultan Azlan Shah selain merupakan Felo Kehormat Kolej Worcester, Oxford University.

Baginda turut dilantik sebagai Ahli Canselor Court of Benefectors, Oxford University serta Felo Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) Terbilang.

Sultan Nazrin juga ialah Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC) selain anggota Panel Peringkat Tinggi mengenai Pembiayaan Kemanusiaan di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumbangan baginda sebagai anggota panel tersebut pernah mendapat sanjungan termasuk daripada Presiden Bulgaria Rosen Plevneliev pada Sidang Peringkat Tinggi mengenai langkah menangani pergerakan besar-besaran pelarian dan migran, yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung PBB (UNGA) September lepas.

Sultan Nazrin diisytiharkan sebagai Sultan Perak pada Mei 2014 dalam majlis penuh adat istiadat berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah.

Baginda dikurniakan seorang putera, Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzaffar Shah, 8, dan seorang puteri, Raja Nazira Safya, 5, hasil perkahwinan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007.

Semasa ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kesembilan mulai April 1989-April 1994, Sultan Nazrin yang ketika itu merupakan Raja Muda Perak telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak.

Antara teguran membina baginda termasuk menitahkan syarikat-syarikat gergasi berkaitan kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu untuk lebih mendaulatkan bahasa kebangsaan dalam urusan mereka. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

08/07/2023
0

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd