• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Maut, 5 Anak Parah Kemalangan

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri maut manakala lima anak mereka parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Jalan Alor Punti, Pendang, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim berkata dua mangsa yang maut itu ialah pemandu kenderaan jenis Perodua Alza iaitu, Mohd Padzil Rashid, 50, dan isterinya, Masmiwaza Mohd. Noor, 42.

Katanya lima anak mereka yang parah ialah Masyitah, 12; pasangan kembar iaitu Muhammad Asyraf dan Muhammad Akmal, 11; Munirah, 7, dan Maisarah (belum diketahui umur).

Menurutnya Mohd Padzil dan Masmiwaza merupakan guru masing-masing bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang dan SMK Tobiar.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila MPV tersebut terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

“Pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan (isterinya) meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya ketika dihubungi.

Fadzil berkata mangsa yang terkorban dan semua anak mereka yang parah itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan sehingga kini tiada sebarang unsur khianat atau jenayah,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd