• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sri Lanka Pecah Rekod Pokok Krismas Tertinggi Dunia

oleh
26/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Sri Lanka akhirnya berjaya memecahkan rekod dunia menerusi pokok Krismas yang tertinggi, meskipun ukurannya terpaksa direndahkan sedikit ekoran kelewatan pembinaannya.

Pada asalnya ia dirancang untuk berketinggian mencecah 100 meter, namun akhirnya perlu ‘dipangkas’ lebih rendah sedikit, kata seorang pegawai kerajaan negara pulau Asia Selatan itu, kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Atlet kriket terkenal Sri Lanka, Arjuna Ranatunga, menjadi individu di sebalik usaha pembuatan pohon Hari Natal saiz raksasa tersebut dengan mencatatkan ketinggian 73 meter, iaitu 18 meter lebih tinggi daripada rekod lama.

Walaupun demikian, pembuatan pokok buatan manusia itu dikritik teruk oleh pihak gereja Katolik Sri Lanka yang menyatakan wang dibazirkan untuk projek mega tersebut adalah lebih baik disumbangkan kepada golongan miskin.

krismas2

“Akibat adanya penolakan keras itu, rancangan pembuatan pohon ini tertunda selama 10 hari,” kata koordinatornya, Mangala Gunasekera. Kos pembinaannya dianggarkan menelan sebanyak 12 juta rupee (kira-kira RM360,000).

Susulan bantahan tersebut menyebabkan pihak penganjur kemudian memutuskan untuk memangkas tinggi pohon Krismas berkenaan agar menjadi lebih 50 meter semata-mata untuk mengatasi rekod dunia dan bukan 100 meter.

Pada pagi 24 Disember, pokok tersebut akhirnya berjaya didirikan di pinggir pantai di ibu kota Sri Lanka, Colombo sekali gus menceriakan sambutan perayaan terbesar penganut Kristian di negara itu menjelang hari keesokannya.

Menurut Mangala, pohon dihiasi 600,000 lampu warna-warni itu adalah lebih tinggi berbanding pokok Natal buatan yang pernah didirikan di bandar raya Guangzhou, China, pada akhir tahun lalu dengan hanya 55 meter.

krismas1

Rekod terbaharu itu disahkan pihak Guinness World Records yang berpusat di Amerika Syarikat. Terdapat patung ikonik Santa Claus dengan kereta luncurnya serta sebutir bintang di puncak pokok tersebut setinggi enam meter.

Dalam pada itu, Arjuna yang pernah memimpin skuad kriket Sri Lanka meraih juara dunia 1996, menjelaskan bahawa projek tersebut sebagai simbol kesatuan antara kepelbagaian agama yang lama wujud di negara berkenaan.

Namun Gereja Katolik Sri Lanka menyifatkan projek itu sebagai boros sebelum ‘menerimanya’ susulan Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe berbincang langsung dengan Uskup Agung Colombo, Malcolm Ranjith.

Sri Lanka adalah sebuah negara yang majoriti besar penduduknya menganut ajaran Buddha, tetapi daripada 21 juta warganya itu dianggarkan ada sekitar 1.2 juta orang yang beragama Katolik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Guinness World RecordskrismasSri Lanka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Palestin: PAS Ucap Tahniah Kepada Kerajaan Malaysia

Next Post

Rujuk Nabi, Bukan Ahli Falsafah, Pendeta – Hadi

Related Posts

PM Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Sri Lanka

PM Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Sri Lanka

23/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai...

‘Dia Bawa Lori Macam Mana Man, Itu Ayah Kau…’

Mahkamah Arahkan McDonald’s Seluruh Sri Lanka Ditutup

25/03/2024
0

COLOMBO - Restoran makanan segera, McDonald's ditutup di seluruh Sri Lanka pada Ahad ekoran syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) itu...

Next Post

Rujuk Nabi, Bukan Ahli Falsafah, Pendeta - Hadi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd