• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

S’pura Buang Ramai Pekerja, Paling Tinggi Sejak 2009

oleh AK-47
13/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA: Bilangan pekerja yang ditamatkan perkhidmatan di Kota Singa itu mencapai angka tertinggi dalam tempoh tujuh tahun dalam 9 bulan pertama tahun ini– tertinggi sejak kegawatan ekonomi tahun 2009 lalu, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Buruh (MOM) pada Selasa.

Sejumlah 13,730 oramg pekerja telah diberhentikan kerja pada 9 bulan pertama 2016, berbanding 10,220 dalam tempoh masa yang sama tahun lalu.

Menurut laporan pasaran buruh kementerian tersebut, jumlah itu adalah yang tertinggi sejak tahun 2009 apabila 21,210 orang pekerja ditamatkan perkhidmatan.

Semasa suku ketiga 2016, 4,220 orang tenaga buruh telah dibuang kerja berbanding 4,800 pada suku kedua, namun lebih tinggi daripada 3,460 yang diberhentikan pada suku yang sama tahun lalu.

Golongan profesional, pengurus, eksekutif dan juruteknik yang membentuk majoriti (73 peratus) jumlah pekerja di Singapura lebih berkemungkinan tinggi untuk diberhentikan kerja, menurut laporan MOM lagi.

Sementara itu, mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan tertiari juga masih terkesan dengan fenomena ini.

“Penguncupan jumlah pekerjaan, tahap lebihan tenaga kerja tidak diperlukan yang meningkat dan penurunan jumlah jawatan kosong kepada nisbah menganggur mencerminkan keadaan ekonomi global semasa yang lemah serta penstrukturan semula ekonomi semasa,” kata kementerian itu lagi.

Ia menambah bahawa badan triparti akan terus membantu pekerja-pekerja yang terlibat untuk mencari pekerjaan baru.- MYNEWSHUB.CC

Tags: buang kerjaSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd