• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM-LHDN Kerjasama Banteras Rasuah

oleh Ahmad Albab
21/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menjalinkan rangkaian kerjasama strategik mengekang rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengelakan cukai.

SPRM berkata melalui kerjasama itu, individu yang terlibat rasuah atau gagal melaporkan pendapatan mereka atau mengelak membayar cukai, akan dapat dikesan dan dikenal pasti sekali gus membolehkan siasatan dan tindakan secara bersepadu dikenakan.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam pertemuan antara Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM Datuk Sabin Samitah di sini, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama daripada sudut siasatan, berkongsi maklumat dan pandangan berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan pemungutan cukai.

“Kerjasama strategik di antara SPRM dan LHDNM akan memastikan bahawa maklumat mengenai kes-kes rasuah dan salah guna kuasa yang disiasat SPRM pada masa sama dirujuk kepada LHDNM untuk diambil tindakan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, melalui kaedah berkenaan, mana-mana individu yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa bukan sahaja akan diambil tindakan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694), malah diambil tindakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), khususnya berkaitan kesalahan pengelakkan bayaran cukai.

Tindakan penguatkuasaan undang-undang yang menyeluruh ini diharap akan menghalang dan sekali gus memadam keinginan mana-mana individu untuk terlibat dengan sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa, katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM dan LHDN berharap inisiatif ini akan dapat menghantar mesej jelas kepada masyarakat bahawa kedua-dua organisasi telus memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta memastikan sistem percukaian negara terus diperkasa dalam menjana sumber pendapatan negara. – BERNAMA

Tags: LHDNSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd