• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Siasat Video Tular Pemandu Bas Ekspres

oleh AK-47
29/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyiasat maklumat dalam Facebook mengenai perlakuan seorang pemandu bas ekspres memandu sambil menghisap rokok dan menggunakan telefon bimbit.

SPAD dalam satu kenyataan media berkata, pegawai SPAD telah bertemu pengarah syarikat yang mengendalikan bas tersebut dan pemandu yang terlibat pada pukul 9.30 pagi ini bagi mengambil keterangan mereka.

“SPAD juga telah bertemu pengadu pada 4.30 petang ini bagi merakamkan keterangan rasmi. Rakaman video dan gambar yang diterima akan digunakan sebagai bahan bukti di dalam siasatan.

“Sekiranya siasatan mengesahkan bahawa individu terbabit telah membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain di bawah Seksyen 202, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), pemandu tersebut boleh dihukum.

“Ini antaranya denda yang tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPAD, pengendali bas ekspres itu pula boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 22 dan 23 APAD atas kesalahan mengingkari syarat lesen mengenai keselamatan yang memperuntukan denda minimum RM1,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Kata kenyataan itu, SPAD juga akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang juga sedang menyiasat itu di bawah bidang kuasa dan peruntukan undang-undang masing-masing.

“Orang ramai yang mengalami atau menyaksikan perlakuan pemanduan berbahaya oleh pihak pengendali pengangkutan awam darat digesa membuat laporan melalui saluran aduan SPAD seperti hotline kami di 1-800-88-7723, emel kepada [email protected] atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD.

“SPAD memerlukan nama dan nombor telefon pengadu, tarikh, masa, tempat kejadian dan maklumat perjalanan (seperti gambar tiket daripada syarikat bas). Sebarang gambar atau rakaman video yang telah diambil pengadu dapat membantu SPAD di dalam menjalankan siasatan,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bas ekspresSPADviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd