• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Cadang Gaji Pemandu Bas Lebih Tinggi

oleh Ahmad Albab
26/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan supaya syarikat bas ekspres menyemak semula mekanisme pemberian upah berbentuk komisen kepada pemandu bas mereka.

Pengerusinya, Tan Syed Hamid Albar berkata pemandu perlu diberi gaji asas lebih tinggi bagi mengelakkan mereka terlalu mengejar komisen sehingga terdedah kepada risiko kemalangan akibat faktor keletihan dan pemanduan laju.

“Apabila gaji asas yang diberi tidak tinggi, ia menggalakkan pemandu untuk mengejar ‘trip’ bagi mendapatkan komisen yang meningkatkan pendapatan mereka.

“Jadi operator bas ini perlu digalak untuk beri gaji lebih tinggi kepada pemandu,” katanya yang juga Duta Khas OIC ke Myanmar kepada pemberita selepas merasmikan Program ‘Garage Giveaway’ untuk etnik Rohingya di sini, hari ini.

Syed Hamid berkata walaupun cadangan tersebut bukanlah penyelesaian total terhadap isu keselamatan bas ekspres tetapi beliau percaya ia merupakan sebahagian penyelesaian bagi mengelak pemandu keletihan ketika memandu.

Justeru, Syed Hamid berkata syarikat atau operator bas juga perlu dibenarkan untuk mengenakan tambang yang lebih fleksibel supaya mampu membayar gaji lebih tinggi kepada pemandu mereka.

Dalam pada itu Syed Hamid meminta orang ramai supaya tidak mudah menuding jari terhadap suruhanjaya berkenaan apabila berlakunya sesuatu kejadian kemalangan atau kesalahan lalu lintas oleh kenderaan awam dan berat.

“Ramai yang tak faham undang-undang, baca balik ‘traffic ordinance‘, SPAD hanya keluarkan lesen (operator bas), yang lain (berkaitan had laju dan pemandu) di bawah (bidang kuasa) JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan polis trafik. Kita (SPAD) tiada kuasa untuk check pemandu dan kawal kesalahan had laju.

“Kita boleh suspended (gantung) lesen jika ada kes melibatkan bas ekspres sehingga kita puas hati, yang itu di bawah bidang kuasa kita,” katanya.

Justeru beliau berkata semua agensi berkaitan perlu duduk bersama bagi membincangkan pengenalan undang-undang baharu atau pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan perkhidmatan kenderaan bas.

“Di pihak SPAD kita berminat dengan cadangan seperti pemasangan ‘seat belt‘ dalam bas ekspres, ini perlu dibincang bersama,” katanya.

Syed Hamid berkata Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (MIROS) misalnya, akan mengemukakan hasil siasatan dan cadangan terhadap kes kemalangan yang boleh diaplikasikan oleh kerajaan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Dalam kejadian terbaharu membabitkan kemalangan bas ekspres, sebanyak 14 maut manakala 16 cedera selepas bas berkenaan terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter di KM137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Kampung Jayor, Muar, Johor pada Sabtu lepas. – BERNAMA

Tags: bas ekspresSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd