• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siri Jelajah Anuar Zain Berjaya Tarik Pengunjung Ke Mydin

oleh Ahmad Albab
19/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BARU – Persembahan Anuar Zain di lokasi terakhir dalam siri jelajah album baharunya di Mydin Pelangi Indah pada Sabtu lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada peminatnya.

Penyanyi tersebut menghiburkan peminat-peminat dengan beberapa lagu popular dalam album berkenaan termasuk Andainya Takdir dan Karena Aku Cinta.

Penyanyi berusia 46 tahun itu turut menyampaikan lagu hitnya berjudul Sedetik Lebih dan Ketulusan Hati.

Anuar sebelum ini melakukan persembahan di beberapa lokasi iaitu di Mydin USJ, Subang Jaya pada 9 Oktober, Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang (30 Oktober), Mydin Meru Raya, Ipoh (6 November), Mydin Gong Badak, Terengganu (12 November) dan Mydin Seremban 2 (4 Desember).

Siri Jelajah Anuar Zain Berjaya Tarik Pengunjung Ke Mydin
Anuar Zain

Mydin sebagai penaja lokasi jelajah promosi album berkenaan menganggap kerjasama tersebut sebagai situasi menang-menang.

Ketua pemasaran jenama dan komunikasi Mydin Mohamed Holdings Bhd., Sabariah Mohd berkata, kerjasama ini turut menarik pengunjung datang ke pasar raya berkenaan.

“Kolaborasi bersama penyanyi bukan hanya membantu dia untuk bertemu peminat-peminatnya tapi juga menarik pelanggan datang ke Mydin.

“Anuar merupakan artis tempatan yang menyasarkan kumpulan peminat tempatan, ia juga bertepatan dengan objektif Mydin yang memberi keutamaan kepada produk tempatan,” ujarnya.

Tambahnya, Mydin turut terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana artis lain pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Mydin bakal menambah cawangan di Citu One Megamall di Kucing, Sarawak pada akhir Februari depan, manakala di Mutiara Rini, Johor Baru pada Jun 2017. – mStar Online

Tags: Anuar ZainMydinpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

13/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminat supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd