Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Kajian Alirkan Air Sungai...

PARIT BUNTAR — Satu kajian semula akan dilakukan bagi membolehkan air dari Sungai...

Tak Reti Jaga Akuarium,...

Seorang wanita Indonesia memutuskan untuk menggoreng binatang peliharaan suaminya, seekor ikan jenis Arowana setelah dia tidak menepati janjinya untuk membersihkan akuarium.Wanita yang dikenali sebagai miakurniawan01 di TikTok, berkongsi klip 20 saat dia mengeluarkan Arowana dan menggorengnya.

TN50 Kanvas Baharu Muatkan...

KUALA LUMPUR – Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadi kanvas baharu yang...

Masjid Terapung Yan Ikon...

YAN - Kedah bakal mempunyai satu lagi ikon pelancongan dengan wujudnya sebuah Masjid...

Serasi Bersama, Ezad Lazim Sedia ‘Lamar’ Siti Nordiana

PELANTUN lagu Demi Cinta, Ezad Lazim yang merasa selesa dan serasi dengan Siti Nordiana (Nana) berhasrat untuk ‘melamar’ bekas juara program realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2) itu.

Hasrat itu dizahirkan oleh Ezad atau nama penuhnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim demi melengkapkan pembikinan album mininya yang bakal dilancarkan tahun hadapan.

Disamping itu, Ezad juga menjelaskan ianya bertujuan untuk memenuhi permintaan daripada kalangan peminat mereka sendiri yang ingin melihat gandingannya dengan Nana.

Serasi Bersama, Ezad Lazim Sedia 'Lamar' Siti Nordiana

“Memang banyak permintaan yang mahu kami bergandingan. Perkara ini sudah saya usulkan kepada Nana dan dia memberikan lampu hijau. Nana memiliki bakat dan kualiti vokal yang baik, malah saya optimis gabungan suara kami akan menghasilkan kerjasama yang membanggakan,” katanya kepada BH online.

Tambah bekas vokalis Exist ini lagi, keserasian itu tercipta selepas mereka sama-sama menyertai GV2. Malah kerjaya nyanyiannya juga menunjukkan peningkatan selepas menyertai program realiti itu.


“Saya berharap dapat mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun depan. Alhamdulillah, tahun ini lagu Demi Cinta yang saya hasilkan bersama Mohd Yassin dan lirik Iman Imran meninggalkan impak tersendiri kepada perjalanan kerjaya saya.

“Sebelum ini, hampir lima tahun saya terkapai-kapai mencari arah apabila beberapa single yang dihasilkan tidak mendapat perhatian,” tutur Ezad penuh rasa syukur. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori