• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepapan Telur RM25 Di Korea Bahana Selesema Burung

oleh
22/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Ketika arena politik Korea Selatan ‘kecoh’ skandal korupsi Presiden Park Geun-hye, lain pula cerita di pasar negara itu susulan wabak selesema burung yang meletus sejak 18 November.

Harga purata runcit sepapan 30 biji telur ayam gred biasa dilaporkan naik hampir 25 peratus kepada 6,781 won (kira-kira RM25.46), rekod paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, menurut laporan disiarkan media tempatan.

Ia turut disahkan oleh agensi promosi produk asas pertanian milik pemerintah, Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp. hasil tinjauan dilakukan mereka di semua pasar seluruh negara kimchi tersebut pada awal minggu ini.

Berdasarkan data terkini, harga jualan rujukan pengguna tersebut merupakan kadar peningkatan yang paling tinggi antara ‘bulan-ke-bulan’ untuk rekod hampir 10 tahun ekoran kekurangan drastik bekalan telur ayam tempatan.

Trend harga mahal berkenaan menyebabkan ramai pelanggan merungut, apatah lagi rakyat Korea Selatan cukup terkenal ‘kuat makan’ telur pada kemuncak musim sejuk selain roti dan kimbap, sejenis gulungan sushi tempatan.

Sepapan Telur RM25 Di Korea Bahana Selesema Burung

Dalam usaha untuk mengelak bekalan stok daripada langsung terputus, Kementerian Pertanian mula membenarkan kemasukan ayam telur komersial dan telur yang diimport khas dari Amerika Syarikat, New Zealand dan Sepanyol.

Penganalisis ekonomi menjangkakan isu kekurangan bekalan telur mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya setahun atau paling lama pun dua tahun sebelum industri ternakan ayam domestik kembali pulih sepenuhnya.

“Kerugian ekonomi akibat avian influenza diramal boleh cecah 1.4 trilion won (kira-kira RM5.24 bilion) jika 30 peratus populasi ayam diternak dijangkiti wabak ini,” kata Chung Min, penganalisis Hyundai Research Institute.

Di sebalik peningkatan harga, kebanyakan kedai mula mengehadkan penjualan telur bagi setiap pelanggan untuk mengelak pembelian panik secara besar-besaran oleh pengguna menjelang Krismas dan Tahun Baharu 2017.

“Kami turut berbuat demikian untuk memastikan semua pelanggan dapat beli telur dan menjangka peraturan ini mungkin selama enam bulan,” kata Lee Won-il, pengurus Nonghyup, sebuah rangkaian pasar raya terbesar.

Sepapan Telur RM25 Di Korea Bahana Selesema Burung

Beliau menambah, jualan daging ayam juga merudum 25 peratus sekali gus menyaksikan peningkatan permintaan terhadap babi sehingga 30 peratus di kebanyakan daripada lebih 3,000 premis niaga mereka di seluruh negara.

Situasi sama turut dicatatkan gedung jualan atas talian popular E-Mart meskipun ditawarkan harga diskaun apabila permintaan ayam jatuh 15 peratus untuk 15 hari Disember tetapi babi pula naik 85 peratus dalam tempoh sama.

Sebanyak 20 juta ekor ayam atau hampir suku daripada keseluruhan unggas ternakan telah pun dimusnahkan oleh pihak berkuasa Korea Selatan susulan penularan wabak selesema burung dari negara jirannya, Jepun bulan lalu.

Pengurus Persatuan Ternakan Korea, Kim Dong-jin berkata, penularan kali ini lebih teruk apabila ramai penternak mengadu mereka kehilangan pasaran yang terpaksa diisi dengan kemasukan stok telur dan daging ayam import.

Pada masa sama, majoriti kedai kek dan restoran turut terkena tempias sehingga memaksa cef serta tukang masak mengurangkan penggunaan telur atau digantikan dengan bahan ramuan lain. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ayamKoreatelur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

Tragedi Asam Pedas Ragut 5 Nyawa: Disangka Telur Kurau, Rupanya….

Tragedi Asam Pedas Ragut 5 Nyawa: Disangka Telur Kurau, Rupanya….

27/03/2026
0

Oleh Mynewshub   Bayangkan… dalam sekelip mata, lima orang anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang pergi serentak — hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd