Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Garis Langkah Atasi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Majlis Perumahan Mampu...

Tol Lebih Rendah Dengan...

KUALA LUMPUR - Selain Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) turut...

FAMA Johor Buka 15...

TANGKAK - Lima belas Pasar Tani Pra-Aidilfitri dibuka di seluruh negeri Johor bermula...

Hanya 2 Kenderaan Disahkan...

IPOH : Hanya dua kenderaan disahkan terbabit, setakat ini, dalam insiden tanah runtuh...

Lepas Gary.. Ji Hyo, Jong Kook Pula Tinggalkan Running Man

PASTINYA ini berita sedih buat peminat Running Man kerana Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook mengambil keputusan bakal meninggalkan program realiti hiburan terkenal itu.

Keputusan dua bintang ini telah pun disahkan oleh agensi masing-masing.

Menurut pihak agensi Ji Hyo, keputusan itu sudah lama dibincangkan berikutan kesibukan jadual pelakon jelita itu.

Bagaimanapun, tarikh Ji Hyo melakukan rakaman terakhir bersama program itu masih belum diketahui.

Sementara, Jong Kook pula khabarnya menyelesaikan pengambaran terakhir bersama Running Man minggu depan.

Running Man telah ditayangkan sejak 2010 dan dianggotai tujuh selebriti terkenal iaitu Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Haha, dan Gary.

running-man


Sebelum ini, Gary mengejutkan ramai apabila membuat keputusan meninggalkan Running Man dengan alasan mahu menumpukan pada karier seninya.

Ketiadaan tiga ahli ini pastinya membuatkan program realiti ini tidak sama seperti dahulu.

Difahamkan, Running Man bakal menerima suntikan baru dengan penampilan artis baru dan antara nama yang sibut-sebut adalah pelawak, Kang Ho Dong. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori