• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekin Hotel & Resort Jamal Di Sekinchan Disita MDSB

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Resort milik Datuk Seri Jamal Yunos, Sekin Hotel & Resort, disita Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), pagi tadi. Jamal berkata, tindakan penyitaan itu dilakukan jam 10 pagi itu kerana kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan tindakannya memprotes isu berkaitan gangguan bekalan air di negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Baju Merah, berkata perbuatan itu jelas bermotifkan politik semata-mata dan menyifatkan kerajaan negeri menyalahgunakan kuasa mereka dalam melaksanakan tindakan berkenaan.

“Sepatutnya mesej yang saya sampaikan (semalam) itu memberikan peringatan kepada kerajaan negeri supaya menangani masalah ini dengan segera dan mencari jalan penyelesaian, bukannya bermain politik.

“Kakitangan MDSB datang dengan jumlah yang ramai untuk menyita, malah tidak membenarkan resort saya beroperasi seperti sedia kala, sedangkan resort ini sudah empat tahun beroperasi.

“Saya sudah bayar segala-galanya dan ikut syarat yang ditetapkan,” katanya.

Sekin Hotel & Resort Jamal Di Sekinchan Disita MDSB

Beliau berkata, tindakan sitaan itu menyebabkan pihaknya terpaksa membatalkan segala tempahan pelanggan yang ingin menginap di resort itu.

Semalam, Jamal hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dengan memakai tuala sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berkaitan isu bekalan air. – BH Online

Sekin Hotel & Resort Jamal Di Sekinchan Disita MDSB

Tags: Hotel & ResortMDSB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Teruskan Operasi Resort Walau Diarah Tutup 14 Hari

24/12/2016
0

SUNGAI BESAR - Pemilik Sekin Fishermen Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak meneruskan operasi resortnya hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd