• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebab Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Diberikan Makan

oleh AK-47
29/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA  hari ini telah melintas di timeline saya gambar seorang kanak-kanak yang telah dilakukan pembedahan kerana usus tersumbat.

Persoalannya, mengapa masih ada lagi ibu bapa atau orang sesekeliling yang gemar memberikan nasihat yang tidak-tidak kepada si ibu dan sanggup memberi anak mereka makan diusia awal begitu atas alasan anak menangis seolah tidak puas atau tidak kenyang.

Makanan pejal seperti nestum yang sudah dibancuh, kanji atau bubur nasik tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan kerana:

Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan.

Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan.

Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.

Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan / usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘).

Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa anak-anak mereka tidak mengalami perkara demikian. Tidak semua anak-anak bernasib baik.

Ada sebab sebenarnya mengapa garis panduan pemakanan telah dikeluarkan. Ini kerana terdapat kes-kes seperti ini yang berlaku. Kami turut simpati kepada bayi yang kecil yang tidak dapat memberitahu kita bahawa mereka dalam kesakitan kecuali melalui tangisan hiba mereka.

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan pada peringkat awal seperti ;

Madu hanya boleh diberikan untuk umur setahun ke atas. Madu berkemungkinan mempunyai clostridium botulinum yang boleh menyebabkan ketoksikan botolinum yang boleh menyebabkan anak mengalami paralysis yang boleh membawa kepada kematian.

Telur putih adalah antara makanan yang boleh menyebabkan risiko alahan yang tinggi di kalangan kanak-kanak.

Manakala, telur kuning boleh diberikan pada umur 10bulan dengan memasaknya dengan sempurna. (Telur kuning kaya dengan lemak dan vitamin mineral seperti zat besi).

Namun telur putih meskipun kaya protein, ia hanya digalakkan diberikan pada usia setahun ke atas untuk mengelakkan alahan terutama kepada anak yang mempunyai ekzema.

Kekacang seperti kacang tanah adalah antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi kepada kanak-kanak. Selain bentuknya yang keras dan boleh menyebabkan anak tercekik dan menutup saluran pernafasannya.

Makanan rendah lemak, rendah kalori tidak sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan pemakanan yang seimbang bagi membantu tumbesaran mereka. Lemak adalah antara sumber tenaga selepas karbohidrat dan protein. Ia diperlukan untuk pembentukan hormon, lemak tubuh dan pelbagai fungsi tubuh lain.

Makanan tinggi serat tidak sesuai diberikan kepada bayi dalam jumlah yang banyak. Ini kerana makanan tinggi serat menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama dan menyebabkan anak kurang mengambil makanan. Seimbangkan pengambilan serat dari buah dan sayuran bersama sumber karbohidrat dan protein di dalam satu hidangan.

Susu segar ( lembu atau kambing) tidak boleh diberikan kepada bayi bawah satu tahun. Ini adalah kerana saiz protein dan laktosa di dalam susu tidak boleh dihadam dengan sebaiknya oleh usus bayi.

Kandungan garam mineralnya yang tinggi juga membebankan buah pinggang bayi. Berlainan pula dengan susu formula yang berasaskan susu lembu. Ia telah diubahsuai supaya menghampiri kandungan susu ibu dan sesuai diberikan mengikut umur bayi.

Namun, berhati-hati sekiranya bayi mengalami alahan kepada susu lembu atau susu kambing. Susu segar yang tidak dipastur juga boleh mengandungi bakteria yang boleh membahayakan nyawa bayi.

Jika anak anda sakit, adakah mereka yang ‘memandai-mandai’ itu yang akan membawa anak anda berjumpa doktor? Ataupun mereka yang akan berjaga siang malam untuk menjaga anak anda yang sedang sakit selepas pembedahan?

Tidak bukan? Malahan tanggungjawab itu terserah kepada kita keseluruhannya.

Maka sebagai ibu bapa, kita berhak membuat pilihan yang terbaik untuk anak kita sendiri.

Notakaki;

Saya tidak menyalahkan ibu tersebut kerana terkadang pendirian kita ini akan ditewaskan oleh kata-kata orang lama. Bimbang juga jika dikatakan terlalu manjakan anak. Tetapi saya berharap perkara ini mampu memberikan kita pengajaran. Speedy Recovery baby! – DoktorBudak

Tags: bayimakanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakatan Harapan Mahu Anwar Jadi PM – Wan Azizah

Next Post

Pencarum Islam Dinasihati Kemaskini Penamaan

Related Posts

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

12/05/2025
0

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan kes bayi perempuan berusia 22 bulan yang mengalami demam...

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

12/05/2025
0

MELAKA – Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila bayi perempuannya yang berusia 22 bulan diserang sawan selepas didakwa lewat menerima...

Next Post

Pencarum Islam Dinasihati Kemaskini Penamaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd