• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Selamat Kerana Jadikan Badan Seperti Janin’

oleh AK-47
02/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM ajalnya… Seorang kru yang terselamat dalam nahas pesawat membawa pasukan bola sepak Chapecoense menceritakan detik-detik ngeri ketika pesawat mula menjunam.

'Saya Selamat Kerana Jadikan Badan Seperti Janin'

Erwin Tumiri, yang merupakan salah seorang daripada enam mangsa yang terselamat memberitahu, ketika kejadian suasana huru-hara sementara penumpang pula ketakutan.

Ini menyebabkan ramai yang meninggalkan tempat duduk masing-masing dan mereka menjerit semasa pesawat CP-2933 itu mula terhempas.

'Saya Selamat Kerana Jadikan Badan Seperti Janin'
Erwin

Bercerita bagaimana dia masih hidup, Erwin mendedahkan di terselamat kerana membentukkan badannya seperti bayi dalam janin ketika pesawat mula menjunam.

Menurutnya, ketika nahas itu ‘dia mematuhi langkah keselamatan’ seperti yang disarankan.

“Saya letakkan beg antara kaki saya dan membentuk kedudukan bayi dalam janin – sebagaimana yang disyorkan ketika berlaku insiden tidak diingini.

“Ketika kejadian, ramai yang berdiri dari tempat duduk mereka dan menjerit,” katanya kepada stesen Fox Sports Argentina.

Sementara itu, seorang lagi pramugari terselamat, Ximena Suarez, memberitahu ketika pesawat sedang menjunam, lampu tiba-tiba terpadam.

'Saya Selamat Kerana Jadikan Badan Seperti Janin'
Ximena Suarez

“Saya tidak ingat bagaimana ia berlaku,” katanya menurut laporan Deportes RCN.

Pada Isnin lalu, seramai 71 penumpang maut dalam nahas pesawat berkenaan yang dilaporkan terhempas selepas dipercayai kehabisan minyak .

Brazil mengumumkan negara tersebut berkabung selama tiga hari susulan kejadian malang itu.

Sumber: Daily Mail

Tags: Brazil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

10/08/2024
0

SAO PAULO : Sekurang-kurangnya 61 orang terkorban selepas sebuah pesawat turboprop terhempas berhampiran Sao Paulo, Brazil, semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

45 Maut Dalam Serbuan Sasar Geng Dadah Di Brazil

45 Maut Dalam Serbuan Sasar Geng Dadah Di Brazil

03/08/2023
0

BRASILIA: Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam beberapa serbuan polis yang menyasarkan geng sindiket dadah di tiga negeri di Brazil. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd