Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

Rogol Anak Tiri: Lelaki...

SEORANG bapa tiri yang mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya...

Drama Isytihar Gaji Kaburi...

DRAMA isytihar gaji oleh menteri-menteri Pakatan Harapan telah sedikit-sebanyak mengaburi isu sebenar tuntutan...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora dari arah barat di kawasan...

Reman Suspek Bunuh Isteri,...

Johor Bahru : Tempoh tahanan reman lelaki disyaki terbabit kes bunuh isteri dan...

Saran Usahawan AIM Teroka Manfaat Ekonomi Digital

KOTA BELUD – Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) disaran meneroka manfaat ekonomi digital bagi memperluaskan potensi perniagaan mereka ke peringkat global, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata mereka tidak boleh selamanya mengamalkan konsep perniagaan konvensional, sebaliknya perlu menggunakan ekonomi digital sebagai konsep baharu perniagaan yang mampu memberi pendapatan lumayan.

“Kaedah perniagaan sekarang tidak lagi seperti dahulu. Perniagaan kini menggunakan kaedah digital, yang mana, pemasaran produk tidak hanya tertumpu kepada kawasan atau negeri kita, tetapi juga di seluruh dunia.

“Usahawan AIM tidak boleh terus berada dalam lingkungan AIM sahaja, sebaliknya perlu ‘keluar’ dan menaik taraf perniagaan dan pemasaran untuk lebih maju ke hadapan, seterusnya meningkatkan taraf ekonomi,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Himpunan Usahawan AIM Zon Pantai Barat Sabah, mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, di sini.

Program anjuran AIM dengan kerjasama Kelab Usahawan Sahabat AIM Kota Belud itu, antaranya bertujuan membuka lebih banyak peluang dan jaringan perniagaan kepada usahawan AIM di kawasan itu.

Pada sidang media, Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Dr Zubir Harun berkata AIM akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk melaksanakan seminar dan karnival ekonomi digital pada tahun depan.


Katanya ia merupakan cadangan menterinya yang mahu kementerian membantu AIM dalam memberi pendedahan tentang kepentingan dan manfaat ekonomi digital kepada usahawan AIM di seluruh negara.

“AIM mempunyai 350,000 usahawan mikro yang menghasilkan pelbagai produk dan ia perlu menembusi pasaran dalam dan luar negara.

“Kementerian akan membantu AIM mengadakan seminar ekonomi digital sebagai satu kaedah pemasaran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zubir berkata AIM menyasarkan pengagihan pembiayaan sebanyak RM2.66 bilion kepada usahawan AIM di seluruh negara pada tahun depan.

Katanya sebanyak RM2.4 bilion telah diberikan kepada usahawan AIM di seluruh negara bagi tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori