• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sami Myanmar Anjur Protes Bidas Najib

oleh AK-47
06/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaungkan seruan anti keganasan terhadap etnik Rohingnya di ibu negara, sekumpulan sami Buddha dilapor berhimpun di pusat bandar Yangon, Myanmar bagi melakukan protes.

Menurut portal Straitstimes, kira-kira 150 sami melaungkan slogan menentang keputusan Najib dan turut membawa papan tanda demonstrasi mempertahankan polisi negara itu terhadap penduduk Rohingya.

Rata-rata mereka memegang sepanduk berbunyi; “Kutukan buat Perdana Menteri Malaysia, jangan beri tekanan kepada kerajaan Myanmmar.”

Sami Myanmar Anjur Protes Bidas Najib

Sami Myanmar Anjur Protes Bidas Najib

Ia merupakan protes anti-Malaysia yang kedua di Yangon. Sabtu lepas, protes di luar kedutaan Malaysia membidas Malaysia kerana ‘campur tangan’ isu dasar menekan penduduk Rohingya.

Menurut seorang jurucakap kumpulan berkenaan, kononnya ucapan Najib semasa perhimpunan tersebut dalam isu ‘pembersihan’ etnik minoriti Islam Rohingnya adalah tidak membantu.

Jurucakap Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), U Nyan Win pula berkata, isu pelarian Rohingnya perlu diselesaikan melalui undang-undang dan pindaan dari kerajaan Myanmar sendiri, tidak perlu campur tangan pihak luar.

“Kami cuba selesaikan isu ini dengan sokongan luar, tetapi ia adalah pilihan dan ketetapan kami sendiri, jadi tiada orang luar yang berhak campur tangan dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Akhbar The Myanmar Times memetik kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden, U Zaw Htay berkata, Myanmar akan mengeluarkan kenyataan rasmi membantah penyertaan Najib dalam perhimpunan Solidariti Ummah yang diadakan di ibu negara semalam.

Beliau juga memberitahu akhbar itu bahawa tindakan Najib  boleh menyemarakkan puak pelampau agama, dan mengatakan Najib sengaja menggunakan isu ini untuk mendapat mata politik di kalangan rakyat Malaysia.

Semalam, Najib berucap di Himpunan Solidariti Ummah bagi menyatakan sokongan kepada penduduk Rohingya, dihadiri kira-kira 10,000 orang termasuk pimpinan tertinggi PAS.

Najib berkata beliau tidak mempedulikan kerajaan Myanmar yang menyatakan rasa tidak senang terhadap penyertaannya dalam acara itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MalaysiaMyanmarRohingyaSami Buddha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel 98 Negara Lain Lebih Murah Berbanding Malaysia – Eric See-To

Harga Diesel 98 Negara Lain Lebih Murah Berbanding Malaysia – Eric See-To

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To mendakwa kedudukan harga diesel Malaysia kini...

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd