• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU 355: Perwakilan Pahang Minta UMNO Sokong Hadi

oleh Ahmad Albab
03/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah perlu disokong semua pihak demi kepentingan umat Islam.

Perwakilan UMNO Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, rakyat secara keseluruhannya perlu yakin bahawa RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) itu tidak membabitkan orang bukan Islam.

“Kita wajar memberikan sokongan terhadap RUU 355 supaya ia diterima.

“Seperti yang disebut Presiden UMNO, RUU ini tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikain ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan khususnya berhubung keperluan untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah di negara ini.

Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengambil alih cadangan pindaan berkenaan untuk dikaji dan diperhalusi sebelum dibawa sebagai usul.

Najib yang juga Presiden UMNO turut mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak bimbang dengan cadangan itu.

Selain itu, Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau berkata, kerajaan diminta untuk memperkasakan sistem guaman syariah di seluruh negara.

“Kerajaan perlu mewujudkan pemusatan, menyatukan guaman syarie di negara kita kerana pada masa ini pelaksanaan antara satu negeri dan negeri lain berbeza. Keadaan ini menyebabkan rakyat keliru,” katanya. – mStar Online

Tags: PAU 2016RUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU 355, RUU Kawalan Tak Sekat Kebebasan Beragama

06/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin...

Kerajaan Giat Usaha Draf RUU 355

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang mempergiat usaha mendraf Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd