• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Revolver Diguna Dalam Kes Gaduh Di Kulim Dirampas

oleh Ahmad Albab
26/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pihak polis merampas sepucuk revolver bersama sebutir peluru hidup yang dipercayai digunakan dalam kes pergaduhan di Kulim pada Sabtu lalu.

Pistol itu ditemukan di sebuah rumah di Taman Seri Pinang, Kulim semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata dalam serbuan pukul 1 pagi itu, tiga suspek turut ditahan yang terdiri daripada pasangan suami isteri yang lelaki tempatan itu bekerja sebagai pemandu jengkaut sementara isterinya, warga Thailand bekerja sebagai tukang urut, serta seorang wanita tempatan.

“Pistol itu ditemui di atas kabinet dapur dan pemeriksaan lanjut menemui sebutir peluru dalam sebuah kereta Proton Wira yang diletakkan di hadapan rumah.

“Turut dirampas ialah kereta tersebut,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Siasatan awal katanya, menunjukkan pistol yang dirampas itu digunakan dalam satu insiden pergaduhan di sebuah kafe di Kulim, di mana pistol tersebut digunakan untuk mengetuk kepala mangsa dalam pergaduhan yang melibatkan beberapa lelaki.

Kesemua suspek yang berusia 32 hingga 34 tahun ditahan reman sehingga 31 Dis ini bagi membantu siasatan manakala kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. – BERNAMA

Tags: kes gaduh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

07/06/2024
0

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang...

Budak Baju Merah Kena Tumbuk, Yang Lain Tengok Je…

Budak Baju Merah Kena Tumbuk, Yang Lain Tengok Je…

12/04/2023
0

Kota Belud : Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang disyaki terbabit dalam pergaduhan hasil rakaman video yang tular di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd