• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reshma AF2016 Sukar Cipta Lirik Bahasa Melayu

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMENANG tempat ketiga Akademi Fantasia 2016 (AF2016) Reshma mengakui agak sukar untuk dia mencipta lirik bahasa Melayu dalam usahanya mengeluarkan single terbaru awal tahun depan.

Reshma atau nama sebenarnya Kareshma Martin John Patrick, 18, berkata, kelemahan menguasai bahasa Melayu dengan baik memberi cabaran tersendiri buat dirinya dalam merealisasikan impian tersebut.

“Sehingga kini saya sudah siapkan 30 peratus dari melodinya namun menghadapi kesukaran untuk mencipta lirik di dalam bahasa Melayu kerana saya kurang fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik pada waktu ini.

“Bagaimanapun saya bernasib baik kerana ibu banyak membantu memperbetulkan Bahasa Melayu saya dan percaya masalah ini akan dapat diatasi dalam waktu terdekat ini,” katanya kepada mStar Online.

Reshma ditemui di acara karpet merah Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada Ahad.

Jelasnya lagi, antara sebab dia berhasrat untuk mencipta lagu di dalam Bahasa Melayu ialah sebagai inisiatif untuk lebih dekat dengan komuniti tersebut selain ingin memperbaiki kelemahan menguasai bahasa itu sejak sekian lama.

Dalam pada itu, kata penyanyi lagu Sayang Jadi Benci ini lagi, dia terharu apabila masyarakat tanpa mengira bangsa mula mengenal dirinya sejak dia menyertai program realiti itu.

“Jujur saya katakan, saya masih tidak percaya dengan apa yang saya lalui hari ini di mana setiap kali keluar, pasti ada yang menegur saya tanpa mengira bangsa.

“Keadaan ini membuatkan keyakinan diri saya semakin bertambah baik dari hari ke hari berbeza sebelum menyertai AF2016 di mana saya seorang yang agak selekeh, buta fesyen dan pemalu,” katanya.

Dalam perkembangan kerjaya seninya pula, kata Reshma dia kini sibuk dengan urusan persembahan pentas yang diaturkan oleh pihak Astro selain mulai aktif menyanyi secara atas talian memerusi aplikasi Smule.

“Saya ambil pendekatan menyanyi di aplikasi Smule kerana percaya ini adalah platform terbaik untuk saya terus dekat dengan peminat,” katanya.

Di samping itu, Reshma memberitahu dia kini terpaksa menangguhkan impian untuk menyambung pengajiannya selama setahun di peringkat ijazah demi mengambil peluang mencipta nama di dalam bidang seni disaat namanya masih lagi relevan di dalam industri.

“Saya tidak melihat ini satu kerugian kerana usia saya masih lagi muda untuk menyambung pengajian.

“Berbanding ruang yang ada untuk melakar nama di dalam industri, saya rasa peluang yang ada sekarang tidak wajar dilepaskan sementara orang masih mengingati siapa Reshma,” ulasnya mesra. – mStar Online

Tags: AF 2016Reshma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amir Tepati Ramalan Juara Akademi Fantasia 2016

10/10/2016
0

SHAH ALAM - Peserta dari Selangor, Amir menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan akhir program Akademi Fantasia 2016 (AF2016)...

Aksi Gelek: Ira Kaza Saja Nak Publisiti Untuk Masuk AF2016?

25/04/2018
0

SEBELUM ini, nama Ira Kaza mula menjadi perhatian netizen selepas tersebar rakaman menunjukkan aksi geleknya yang menerima pelbagai kritikan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd