• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Filipina Ditahan Seludup Barangan Kosmetik

oleh Ahmad Albab
29/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki warga Filipina selepas cuba menyeludup masuk 4,320 botol barangan kosmetik di kawasan Laut Singgamata, malam tadi.

Komander PPM Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata anggota PPM yang menjalankan tugas khas menggunakan bot samaran (DCOY 2) dibantu bot tempur RH 47 yang menerima aduan awam telah menahan dan memeriksa perahu itu kira-kira pukul 10 malam.

“Hasil pemeriksaan terhadap perahu itu menemukan 10 kotak berisi 4,320 botol produk kosmetik yang setiap satunya seberat 50 gram dan turut dirampas perahu berkenaan, enjin sangkut dan tong minyak.

“Juragan perahu itu yang berusia 36 tahun dan berasal dari Pondohan Sibangkat, Filipina juga ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM24,310 dan kesemua barangan rampasan itu dibawa ke Pangkalan Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Akta Farmasi 1951. – BERNAMA

Tags: seludupwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd