• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Dekati Komuniti Melayu Sri Lanka

oleh Ahmad Albab
07/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mendekati komuniti Melayu Sri Lanka untuk melihat susur galur dan budaya hidup mereka.

Ketibaan baginda yang juga Canselor UniMAP di dewan komuniti Slave Island semalam, disambut Presiden Persatuan Melayu Sri Lanka, M. Hussain Jayah yang merupakan antara 50,000 penduduk Sri Lanka daripada komuniti Melayu.

Baginda yang mengetuai delegasi Jelajah Ilmu UniMAP ke Sri Lanka diberi taklimat oleh M. Hussain mengenai kehidupan masyarakat Melayu Sri Lanka yang segelintirnya masih boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyaksikan permainan sepak raga bulatan dan sepak takraw yang disertai komuniti itu bersama-sama anggota delegasi UniMAP di padang sukan berhampiran selain melihat kesuburan kesenian tradisi termasuk tarian joget yang dijayakan penduduk tempatan.

Baginda turut meninjau perkampungan Melayu di Slave Island itu dan bertemu para penduduknya yang ramah.

Komuniti Melayu wujud di Sri Lanka sejak lebih 250 tahun lalu melalui penghijrahan penduduk Indonesia dan Tanah Melayu dan jumlahnya kian membesar namun penguasaan bahasa Melayu kian luntur.

M. Hussain yang ditemui wartawan berkata, mereka tidak pernah merasa asing di bumi Sri Lanka kerana kerajaan negara itu sentiasa mengambil berat terhadap kehidupan mereka.

“Lagipun kami dilahir dan membesar di sini. Ada juga yang berjawatan tinggi,” katanya yang mengetuai persatuan itu sejak tahun lalu.

Mengenai hubungan Melayu Sri Lanka dan rakyat Malaysia keturunan Melayu beliau berkata, hubungan itu telah lama terjalin dan sentiasa subur.

Katanya, mereka sering menerima kunjungan silaturahim daripada rakyat Malaysia sama ada secara berkumpulan atau individu.

Bagi mengukuhkan kerjasama dalam kalangan komuniti, Persatuan Melayu Sri Lanka ditubuhkan sejak 1922 dengan presiden pertamanya M.K Saldin yang menerajui persatuan itu sehingga awal tahun 1942. – BERNAMA

Tags: Raja Muda PerlisSri Lanka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Sri Lanka

PM Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Sri Lanka

23/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai...

‘Dia Bawa Lori Macam Mana Man, Itu Ayah Kau…’

Mahkamah Arahkan McDonald’s Seluruh Sri Lanka Ditutup

25/03/2024
0

COLOMBO - Restoran makanan segera, McDonald's ditutup di seluruh Sri Lanka pada Ahad ekoran syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd