• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Tiga Suspek Samun Bersenjata

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita tempatan di sebuah rumah di Taman Tasik Jaya di sini, pada 8 Dis lalu selepas dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata kesemua suspek ditahan kira-kira pukul 9.50 malam dan polis turut merampas barangan hasil samun bernilai hampir RM10,000.

“Suspek yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga Myanmar berusia 28 tahun, lelaki Bangladesh berusia 36 serta wanita tempatan berumur 35 tahun.

“Antara barangan hasil samun yang dirampas adalah telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai RM1,900 serta pisau lipat.

“Hasil siasatan mendapati suspek melakukan samun menggunakan pisau dan telah melakukan enam samun di sekitar Seremban dan beberapa kes lagi di Nilai dan Selangor,” katanya.

Thiew berkata premis yang disamun di sekitar Seremban antaranya adalah kedai kek, rumah, kedai perabot dan taska.

“Kumpulan ini akan membuat tinjauan ke atas premis yang disasarkan dan jika ada peluang mereka akan masuk samun. Senjata yang digunakan hanya bertujuan untuk menakutkan mangsa.

“Ketika melakukan samun, mereka biasanya bergerak seorang atau bertiga menaiki motosikal. Kita juga masih memburu tiga lagi rakan jenayah suspek yang juga merupakan warga Myanmar,” katanya sambil menambah kumpulan itu dipercayai aktif sejak September lalu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 serta 385 Kanun Keseksaan dan suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, esok. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd