• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Tempatan, Rampas Syabu Lebih 60 Gram

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Seorang lelaki tempatan dipercayai pengedar dadah ditahan selepas memiliki dadah jenis syabu seberat 60.28gram di Jalan Batu 3 Jalan Segama Lahad Datu dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata suspek berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira 11.45 pagi ketika dalam perjalanan dari luar daerah menghala ke pusat bandar Lahad Datu.

Suspek yang menaiki kenderaan jenis Proton Saga itu diperiksa dan polis menemui sebuah beg yang mengandungi lipatan kertas pelbagai saiz dan dadah disyaki syabu, katanya.

“Beg yang berisi dadah berkenaan disembunyikan di bahagian bawah stereng,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamzah berkata dadah yang dirampas dan disyaki untuk pasaran tempatan itu dianggarkan bernilai RM6,000

“Suspek yang juga positif dadah itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukum gantung sampai mati jika disabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata polis merekodkan peningkatan tangkapan bagi kes narkotik untuk tempoh Disember 2016 iaitu sebanyak 48 tangkapan berbanding 24 tangkapan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

“Pada Disember 2016, jumlah tangkapan tertinggi melibatkan kes di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebanyak 46 tangkapan. Pada Disember tahun lalu, 19 tangkapan dilakukan berkaitan seksyen yang sama. – BERNAMA

Tags: dadahSyabu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Biar Betul, Lipan ‘Gergasi’ Ditemui Di Kuantan?

Next Post

Pembantu Juruterbang Dalam Keadaan Stabil

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

Next Post

Pembantu Juruterbang Dalam Keadaan Stabil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd