• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Hilir Perak Rampas 2 Senjata Api Di Hutan Melintang

oleh AK-47
21/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Polis Hilir Perak merampas sepucuk pistol buatan sendiri dan satu laras senapang angin dalam Ops Tapis dan Ops Cantas di Hutan Melintang pada Isnin dan Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak ACP V.R Ravi Chandran berkata dalam Ops Tapis pada Isnin, polis menemukan pistol itu di sebuah rumah seorang penganggur di Kampung Sri Perkasa, Jalan Feri Hutan Melintang.

Katanya hasil serbuan pada 5 petang di rumah lelaki berusia 33 tahun itu,polis turut merampas 19 butir peluru, satu kelongsong peluru dan satu paket plastik lutsinar 2.84 gram dadah jenis Methamphetamine.

Semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah dan ujian urin mendapati suspek positif dadah Amphetamine, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini, hari ini.

Dalam Ops Cantas pada Selasa, katanya polis menahan seorang polis bantuan di Kuarters Polis Bantuan Ladang Southern Timur Perak kerana dipercayai terlibat dalam pembuatan pistol buatan sendiri selain merampas selaras senapang angin daripada lelaki itu.

Beliau berkata dalam serbuan pada 6.30 petang itu, polis turut merampas pelbagai peralatan untuk membuat laras senjata api termasuk ‘tulisan Steyr Mannlicher Ges M.B.H Austria yang mempunyai nombor siri’.

Katanya semakan rekod mendapati lelaki berusia 31 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Ravi Chandran berkata polis masih menyiasat kegunaan kesemua senjata buatan sendiri itu.

Katanya kedua-dua suspek kini direman untuk siasatan. – BERNAMA

Tags: Pistolsenjata api
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd