• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Penyebar Surat Layang – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
11/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Polis sedang memburu penyebar surat layang yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pihak yang menyebarkan surat layang itu melalui media sosial melakukan tiga kesalahan iaitu memalsukan tandatangan beliau, menggunakan bahan rasmi kerajaan dan menimbulkan perkara membawa fitnah (menyebar fitnah).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis telah menerima sekurang-kurangnya 20 laporan polis berhubung penyebaran surat layang itu.

Katanya beliau dimaklumkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang melakukan siasatan secara mendalam untuk memburu penyebarnya.

“Saya pasti siapa-siapa sahaja yang melakukannya akan menerima tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) kee-24 di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas penyebaran lampiran surat layang yang mengandungi senarai kabinet baharu dengan Ahmad Zahid dinamakan sebagai Perdana Menteri di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp.

Surat layang tersebut juga menggesa semua anggota kabinet mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden berkata surat itu adalah satu fitnah untuk mewujudkan ketegangan dalam BN dan UMNO.

“Mereka melihat kemesraaan saya dan perdana menteri yang terjalin sejak 1987 ketika Najib masih Menteri Belia dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO. Mereka cemburu dengan perpaduan dan keakraban yang wujud. Maka, mereka melakukan perlagaan antara pemimpin.

“Mereka tahu jika kedua-dua pemimpin (Najib dan Ahmad Zahid) itu boleh dipecahkan, matlamat mereka tercapai,” katanya.

Ahmad Zahid berkata surat layang itu tidak memberi kesan mendalam kepada UMNO dan BN kerana ramai tidak percaya dengan surat tersebut berikutan pemalsuan kepala surat dan juga tandatangan beliau.

Selain itu, katanya, senarai jawatan yang disebutkan juga tidak mengikut protokol atau garis panduan.

Semalam, Najib yang juga Presiden UMNO berkata penyebaran khabar angin itu adalah usaha untuk merosakkan hubungan rapat beliau dan timbalan perdana menteri. – BERNAMA

Tags: Surat layang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tak Layan Surat Layang

01/10/2020
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi menerima surat layang kes rasuah atau salah guna kuasa melainkan ia dilengkapi dengan dokumen maklumat lengkap dan kukuh untuk menjalankan...

UMNO Tak Tergugat Dengan Penyebaran Surat Layang

11/12/2016
0

SINTOK - UMNO sama sekali tidak akan tergugat dengan helah pembangkang melalui penyebaran surat layang yang cuba melagakan Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd