• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PNB Umum Agihan Pendapatan ASB 6.75 Sen, ASN 5.00 Sen

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd. hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2016.

Tahun lepas, syarikat mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

Anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB) itu turut mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, berbanding 6.10 sen seunit tahun lepas.

Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata prestasi ASB melebihi prestasi pasaran ekuiti negara yang mencatatkan jumlah pulangan negatif sebanyak -1.7 peratus.

“Tahun ini menandakan penurunan pasaran saham kali ketiga berturut-turut. FBM KLCI susut sebanyak 73 mata berbanding 1,692.5 mata pada 31 Disember 2015 kepada 1,619.1 mata pada 30 November, 2016,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.

“Prestasi pasaran keseluruhan dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk aliran keluar modal ke ekonomi maju, harga komoditi yang rendah, ketidaktentuan tukaran asing dan perkembangan dan geopolitik,” katanya.

Meskipun cabaran berkenaan, Abdul Wahid berkata ASB dapat mencapai pendapatan kasar sebanyak RM9.59 bilion setakat 30 November 2016.

Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan berjumlah RM4.16 bilion, keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM3.82 bilion dan baki RM1.60 bilion diperoleh daripada pelaburan dalam pelaburan jangka pendek dan pendapatan lain.

Sembilan juta pemegang unit ASB, memiliki lebih 143 bilion unit, akan menerima pengagihan pendapatan sebanyak RM9.78 bilion.

Pengagihan pendapatan keseluruhan bagi ASN berjumlah RM82.72 juta.

Mengenai masa hadapan, PNB, menjangka 2017 akan menjadi satu lagi tahun yang tidak menentu.

Abdul Wahid bagaimanapun berkata pelaksanaan pelan strategik enam tahun akan terus memacu syarikat untuk memberikan pulangan yang mampan dan berdaya saing bagi pemegang unitnya.

Pelan berkenaan merangkumi usaha memperkasakan Bumiputera sebagai sebahagian daripada agenda membina negara yang saksama dan inklusif. – BERNAMA

Tags: ASBDividenPNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

23/04/2024
0

*Rencana dipetik dari sumber SuaraTV* Terdapat 200 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Sabah yang diwujudkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd