• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Asia: Kim Swee Buat Percaturan Pusingan Ke-3

oleh Ahmad Albab
19/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee sudah mula membuat percaturan bagi menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 yang dijadual bermula pada 28 Mac tahun hadapan.

Beliau mengesahkan bahawa satu perlawanan persahabatan antarabangsa bakal diadakan pada 21 atau 22 Mac sebelum perlawanan pembuka tirai kelayakan Piala Asia itu.

“Kemungkinan besar kita akan mengadakan sekurang-kurangnya empat perlawanan persahabatan sebagai persiapan sepanjang kelayakan Piala Asia berlangsung.

“Kita juga mempunyai dua atau tiga pasukan yang berkeinginan bermain dengan kita terutama Bahrain, Fiji dan China,” katanya yang ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala SuperMokh, semalam.

Bagaimanapun, Kim Swee berkata semua perlawanan itu bergantung kepada hasil undian kelayakan nanti.

Sementara itu, ketika ditanya sekiranya muka-muka baharu akan berpeluang diserap ke skuad kebangsaan, Kim Swee berpendapat perkara itu bergantung kepada rancangan serta taktikal yang akan diterapkannya.

“Saya harus bersemuka dengan pihak pengurusan di mana perancangan perlu kita utamakan.

“Sama ada pemain baharu ataupun pemain sedia ada, kita harus merangka sesuatu sebelum kita bermain pada perlawanan pertama nanti,” kata jurulatih kelahiran Melaka itu.

Malaysia mengesahkan slot ke saingan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 selepas menewaskan Timor Leste dengan agregat 6-0, pada Jun lepas. – BERNAMA

Tags: Kelayakan Piala Asia 2019Ong Kim Swee
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd