• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Kurang Pengeluaran Beri Kesan Minimum

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abd. Ghani berkata rancangan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) untuk mengurangkan pengeluarannya pada Januari 2017 tidak akan memberi kesan ketara kepada hasil kerajaan.

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau berkata kesan pengurangan pengeluaran akan diimbangi dengan kenaikan harga minyak.

“Sekarang Petronas mengeluarkan hampir 500,000 tong. Potongan tersebut di bawah lima peratus.

“Walaupun dipotong, kita lihat harga minyak telah meningkat. Mungkin kita tidak berapa nampak impaknya,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 laluan Rapid KL LRT Ampang di sini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd., Datuk Seri Azmi Abdul Aziz serta bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Dr Elias Omar.

Pada Rabu, syarikat minyak nasional itu menyatakan akan mengurangkan sehingga 20,000 tong sehari (bpd) minyak mentah daripada pengeluaran purata negara bermula Januari ini.

Petronas berkata pelarasan secara sukarela itu merupakan respons kepada persetujuan yang dicapai di Vienna, Austria, pada 10 Disember 2016 antara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran. – BERNAMA

Tags: Kerajaanpetronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd