• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Tertunda Kerana Pilot Lambat Dan Melalut

oleh AK-47
29/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Gara-gara juruterbang yang masuk lambat dalam pesawat dan kemudiannya melalut membuat pengumuman, penerbangan Citilink dari Surabaya ke Jakarta awal pagi tadi tertunda selama lebih sejam.

Pengurusan Citilink meminta maaf kepada para pelanggannya dan dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kerana terdapat penumpang yang membuat aduan segera mengenai insiden itu.

Naib Presiden Komunikasi Korporat Citilink Indonesia, Benny S. Butarbutar dalam satu kenyataannya di sini hari ini berkata, pesawat yang sepatutnya berlepas pukul 5 pagi tadi terpaksa ditunda sehingga pukul 6.20 pagi.

“Kami ingin menyampaikan permohonan maaf atas kelambatan dan ketidaknyamanan seluruh penumpang penerbangan Citilink Indonesia QG 800 tanggal 28 Desember 2016,” katanya dalam kenyataan itu.

Katanya, pihak pengurusan juga mengucapkan terima kasih kepada penumpang yang membuat aduan terhadap pilot berkenaan.

Pilot didapati telah melalut ketika membuat pengumuman sebaik memasuki pesawat dan pihak pengurusan bertindak segera menukarkan pilot bagi meneruskan penerbangan.

Beliau berkata, pilot terbabit telah dibawa ke klinik di lapangan terbang itu untuk ujian kesihatan dan dia dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika bertugas.

Sebanyak 154 penumpang dan kru penerbangan berkenaan selamat mendarat di Jakarta kira-kira sejam kemudian. – BERNAMA

Tags: CitilinkpesawatPilot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd