Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Pemandu Maut Lori Balak...

Ipoh - Seorang pemandu lori berusia 40-an maut selepas kenderaan membawa muatan balak...

Seorang Lagi Suspek Kes...

LAHAD DATU - Polis menahan seorang lagi lelaki dan merampas selaras bakakuk (senjata...

Kerana Tenggiling, Duda Anak...

ALOR SETAR - Kerana menyimpan 109 ekor tenggiling, seorang lelaki didenda RM120,000 oleh...

4 Mangsa Culik Dibebas...

TIADA wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf untuk pembebasan empat...

Pesawat Tentera Rusia, Tu-154 Hilang Secara Misteri

MOSCOW – Pesawat tentera udara Rusia, Tu-154, yang membawa 91 orang dilaporkan hilang secara misteri daripada radar sejurus berlepas dari bandar raya Sochi di selatan negara itu.

Sumber Kementerian Kecemasan memberitahu agensi berita tempatan RIA Novosti, pesawat membawa 83 penumpang dan lapan kru itu didapati tiba-tiba hilang ketika terbang di ruang udara Laut Hitam.

Wartawan, kakitangan tentera dan pemuzik Alexandrov Ensemble, koir rasmi pasukan tentera Rusia antara mereka yang dilaporkan berada dalam pesawat tiga enjin buatan firma aeroangkasa tempatan, Tupolev itu.

Pada awalnya, pesawat dilaporkan membawa seramai 70 penumpang dan anak kapal. Tu-154 lazimnya boleh memuatkan sehingga 150 penumpang dan tentera Rusia memiiki sebanyak 16 buah pesawat tersebut.

Menurut data awal yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pertahanan Rusia, Tu-154 hilang daripada skrin radar sejurus berlepas dari Sochi, kira-kira 1,400 kilometer dari ibu kota Moscow.

“Kira-kira 70 penumpang berada di dalamnya,” kata sumber kepada agensi itu, hari ini. Ia menunjukkan pesawat malang tersebut menuju ke Latakia di Syria, iaitu 230 kilometer dari utara ibu negara Damsyik.


Sumber menambah, ia hilang 20 minit sejurus berlepas dari Krasnodar Krai di Sochi. “Pesawat hilang 20 minit sejurus berlepas kira-kira 5.20 pagi waktu tempatan dan hilang hubungan kira-kira 5.40 pagi,” kata sumber.

Semua perkhidmatan menyelamat di Krasnodar Krai dan wilayah berhampiran terbabit dikerah dalam operasi mencari. – Agensi/Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori