• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Sasar 200,000 Pelancong China Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
13/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perak menyasarkan sekurang-kurangnya 200,000 pelancong dari China akan berkunjung ke negeri ini tahun depan sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata sasaran itu dibuat berdasarkan perbincangan antara penggiat industri pelancongan di Perak dan China.

“Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyasarkan 4 juta pelancong dari China berkunjung ke Malaysia tahun hadapan. Kita mengharapkan 10 peratus atau setidak-tidaknya 200,000 daripada sasaran itu datang ke Perak.

“Kerajaan negeri bersama pihak swasta berusaha mengatur strategi untuk menarik lebih ramai pelancong China ke negeri ini termasuk membawa penerbangan secara terus dari China ke Perak,” katanya kepada pemberita selepas program Ipoh-Shenzen and Guangzhou Business to Business di sini.

Program dua hari itu mengumpulkan seramai 22 penggiat industri pelancongan dari Shenzen dan Guangzhou, China, bertujuan untuk memperkenalkan kepada mereka produk pelancongan negeri Perak.

Mengulas lanjut, Nolee Ashilin berharap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dapat memberi insentif kepada syarikat penerbangan untuk menyediakan penerbangan terus antara China dan Perak bagi menarik lebih ramai pelancong.

Katanya sebelum ini kerajaan negeri dan persekutuan memberi insentif kepada beberapa syarikat penerbangan antaranya Sriwijaya Air, Malindo dan FireFly.

Tambah Nolee Ashilin antara keistimewaan Perak yang menyebabkan pelancong dari Tanah Besar memilih negeri itu sebagai destinasi pelancongan adalah disebabkan persamaan budaya dan makanan.

“Antara lokasi menarik yang terdapat di Perak ialah Royal Belum Forest danGua Tempurung serta kepelbagaian makanan,” katanya.

Nolee Ashilin juga berkata pelbagai acara serta program telah disusun bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berkunjung ke Perak tahun depan.

“Program yang disusun juga bertaraf antarabangsa termasuk Ipoh International Run, Street Parade, Pangkor Dialog dan Ipoh Cycle Fest yang merupakan festival berbasikal antarabangsa pertama di Asia Tenggara,” katanya.

Nolee Ashilin turut mengingatkan orang ramai supaya bersedia menerima kedatangan pelancong termasuklah memastikan negeri ini bersih dan selesa. – BERNAMA

Tags: Pelancong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd