• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyamun Sasar Pemandu Wanita Di Lampu Isyarat

oleh AK-47
07/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLONGAN wanita dan mereka yang memiliki kenderaan mewah perlu lebih berhati-hati apabila sekumpulan penjenayah mensasarkan dua golongan ini untuk menjadi mangsa samun di lampu isyarat.

Terbaru, seorang pengarah syarikat menjadi mangsa samun apabila kenderaan jenis MPV Toyota Vellfire yang dipandunya dikepung oleh sekumpulan enam lelaki di Simpang 3, Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Semabok, Melaka baru-baru ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Farah Syazila terkejut apabila cermin keretanya dipecahkan dan beg tangannya dilarikan penjenayah.

Kejadian tersebut dikongsikan seorang lelaki di laman Facebook selepas melihat insiden tersebut.

Penyamun Sasar Pemandu Wanita Di Lampu Isyarat

“Kes rompakan bersenjata tukul pecah batu dan pengejang/alas bangka, memang ‘Giler Kamikaze’ dalam 5 saat je. Simpang 3 Lebuh AMK Semabok, 75460 Melaka. Ragut beg tangan, 3 motosikal 125-Z.

“6 orang penjenayah, mereka gunakan tukul besi dan parang, pecahkan tinted kereta hitam itu, betul-betul la depan mata saya. Tergamam semua orang. Budak-budak kerja saya pun berani diacukan senjata masa nak tolong kakak tu… Mangsa Ibu kepada 5 anak.. Toyota VellFire Hitam plat WA☆☆☆..orang duyung…..kesihan betul..,” tulis lelaki tersebut.

Penyamun Sasar Pemandu Wanita Di Lampu Isyarat

Sementara itu, media tempatan melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, wanita tersebut antara enam individu yang menjadi mangsa samun dilaporkan dalam minggu ini.

Menurutnya, kejadian tersebut membabitkan enam lokasi berbeza iaitu di Bukit Serindit, Ayer Keroh dan Lagenda.

“Kita menerima laporan kes samun mebabitkan modus operandi yang sama iaitu mangsa didatangi tiga hingga enam lelaki menaiki dua hingga tiga motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Penjenayah ini menyerang mangsa yang memandu berseorangan terutamanya wanita dan kenderaan mewah.

“Semua enam mangsa yang berusia 20 hingga 30 an termasuk seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM15,000 dengan nilai paling tinggi berjumlah RM10,000,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. – MYNEWSHUB.CC

*Video dibawah sekadar hiasan.

Tags: kereta mewahkes samunlampu isyaratMelakaWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd