• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Nasi Kandar Nafi Guna Daging Anjing

oleh AK-47
17/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) hari ini menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab kononnya restoran nasi kandar di negara ini menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging kambing.

Timbalan Presiden Presma, Datuk Khadhar Shah Abdul Razak berkata perkara itu menjadi viral di laman sosial terutama Facebook sejak semalam selepas seorang lelaki yang menggunakan nama ‘Udin Di Raja’ memuat naik berita serta gambar berhubung dakwaan itu.

“Sebenarnya berita dan gambar yang digunakan lelaki itu dalam laman Facebooknya adalah berita yang dikeluarkan menerusi satu saluran televisyen dan portal di Tamil Nadu, India yang memaparkan mengenai nasi beriani daging anjing di sana.

“Udin Di Raja telah menggunakan gambar berkenaan termasuk gambar anjing disembelih dan mendakwa restoran nasi kandar di Malaysia menggunakan daging anjing bagi menggantikan kambing,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu terus menjadi viral dan dikongsi oleh pelbagai pihak sehingga memberikan imej buruk kepada restoran-restoran nasi kandar di Malaysia dan menerima kecaman daripada orang ramai.

Khadar Shah yang juga Pengarah Urusan Nasi Kandar Nasmir Sdn. Bhd. berkata ekoran tersebarnya berita dan gambar itu, pengusaha-pengusaha nasi kandar di Malaysia kesal, kecewa serta marah kerana perkara itu tidak benar dan memberikan kesan kepada perniagaan mereka.

Beliau berkata orang ramai terutama pelanggan tidak perlu khuatir atau bimbang tentang makanan yang dijual di restoran nasi kandar kerana 80 peratus daripada 320 anggota Presma memiliki sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan dan mengabaikan berita yang menjadi viral itu.

“Pihak kami juga mahu Udin Di Raja iaitu lelaki yang memaparkan perkara itu menerusi laman sosial Facebooknya agar tampil memohon maaf secara terbuka dan jika gagal berbuat demikian dalam tempoh tiga hari, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya.

Katanya Presma juga mahu pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebar perkara itu sehingga menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam. – BERNAMA

Tags: Datuk Khadhar Shah Abdul Razaknasi kandarPresma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SKMM Siasat Gambar Fitnah Pertabalan Agong

Next Post

Remaja Lelaki 16 Tahun Dijumpai Lemas Di Sungai Ketil

Related Posts

TERKINI: ‘Cebisan Kain Hampir Sama Pakaian Bella Pada Hari Kehilangan’ – Kakak

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

20/01/2024
0

SHAH ALAM - Seorang lelaki mencetuskan ‘sensasi’ di media sosial apabila dikatakan makan nasi kandar berharga RM218 di sebuah restoran...

‘Nasi Ganja’ Ipoh Naik Helikopter Ke KL

23/07/2021
0

IPOH - Orang ramai 'terkejut' dengan kemunculan helikopter mendarat di Padang Ipoh, pagi tadi, dipercayai untuk mengambil tempahan nasi kandar...

Next Post

Remaja Lelaki 16 Tahun Dijumpai Lemas Di Sungai Ketil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd