Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Aplikasi Spring Buat Anda...

Antara aplikasi yang 'wajib ada' pada telefon pintar anda tentu lah Instagram bukan?Itu...

Boleh Tahan Kasar Juga...

Memandangkan sekarang semua tengah demam bola sepak sempena perlawanan akhir Piala Malaysia, JDT...

Pak Jamal, Aktivis NGO...

KUCHING - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor, Datuk Jamal Md. Yunus menyertai...

Rayuan Terakhir Khir Toyo...

Rayuan terakhir mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohammad Khir Toyo bagi mengetepikan hukuman...

“Bunyi Kuat Itu Rupanya Bumbung Berterbangan”

JASIN – “Saya terkejut dengar bunyi yang sangat kuat dan apabila saya lihat, rupa-rupanya ada bumbung dan kayu yang berterbangan terkena bumbung bahagian ruang tamu saya,” kata Radhiyah Mohamad.

Radhiyah, 41, adalah antara penghuni 20 rumah yang rosak akibat kejadian ribut dan hujan lebat di Lipat Kajang serta Simpang Kerayong di sini lewat petang semalam.

Beliau yang juga seorang pembantu pengurusan murid sekolah yang tinggal di Lipat Kajang berkata kejadian itu berlaku amat pantas membuatkan dirinya berasa cemas dan bimbang dengan keselamatan diri serta anggota keluarganya.

“Air hujan masuk mencurah-curah daripada bumbung menyebabkan dapur dan ruang tamu rumah saya dilimpahi air. Ketika kejadian suami saya belum pulang (dari tempat kerja).

“Saya yang ketika itu panik meminta anggota keluarga untuk naik ke bahagian atas rumah bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Radhiyah berkata akibat keadaan bumbung yang rosak dipukul ribut itu, barang-barang di rumahnya basah dan mengalami kerosakan terutamanya yang berada di bahagian dapur serta dua bilik tidur.


Katanya kejadian itu turut menyebabkan bekalan elektrik di rumahnya terputus apabila beberapa pokok tumbang mengenai tiang wayar di hadapan rumahnya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa Norfadzly Madnor, 28, berkata kejadian yang kali pertama dialaminya benar-benar mencetuskan perasaan panik.

“Saya sedang duduk di beranda rumah apabila tiba-tiba mendengar bunyi benda jatuh dan kemudian melihat bumbung rumah jiran berterbangan mengenai bumbung rumah saya hingga mengakibatkannya bocor dan beberapa bahagian rumah dimasuki air.

“Ribut ketika itu sangat dahsyat sehingga saya melaungkan azan dua kali kerana terlalu cemas melihat keadaan tersebut,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori