Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Salman Khan Bersalah Kes...

TERKINI: Salman Khan dijatuhi hukuman lima tahun penjara... MUMBAI - Hakim sebuah mahkamah tempatan...

Penjenayah Berpistol Maut Ditembak...

SUNGAI SIPUT - Seorang penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis...

Tak Dapat Masuk Universiti...

ALOR SETAR - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah tidak dapat melanjutkan...

Rafizi Ramli Kini Setiausaha...

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN KEADILANPERLANTIKAN KEPIMPINAN PARTI KEADILAN RAKYAT PENGGAL 2014 – 2017Dengan selesainya...

Pelajar Luah Catatan Terakhir Di Instagram Sebelum Lemas

KUALA NERUS – ‘Ada perkara yang mengejutkan akan berlaku’. Demikian luahan salah seorang pelajar tingkatan satu, Ahmad Bahaqi Muzanni Nor Shariman, 13 yang dijumpai lemas di pantai Seberang Takir, semalam di laman sosial Instagram miliknya sebelum tragedi itu.

Ibunya, Azura Abdul Latif; 43, berkata beliau sempat membaca status itu tetapi Ahmad Bahaqi Muzanni tidak menunjukkan sebarang tanda meragukan malah sempat meminta kebenaran untuk keluar bersama rakan-rakannya.

“Saya dapati dia keluar rumah pada kira-kira 5 petang semalam dan saya ingatkan beliau (mangsa) supaya pergi bermain futsal seperti biasa.

“Namun saya terkejut apabila diberitahu anak saya lemas ketika mandi bersama rakannya di pantai Seberang Takir,” katanya yang ditemui Bernama di Kampung Telaga Daing di sini hari ini.

Azura berkata mangsa merupakan anak kesayangan keluarga dan pelajar pintar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SISMA) Kuala Terengganu.

“Saya terima suratan takdir dan reda di atas apa yang berlaku… Tuhan lebih menyayanginya,” katanya yang turut memaklumkan bahawa anak keduanya itu telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir di sini kira-kira 11 pagi tadi.

Sementara itu seorang lagi mangsa Mohd Mujahid Mohd Zuni, 13, pelajar Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir di sini merupakan anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki daripada tiga beradik .

Ayahnya Mohd Zuni Muda, 46, seorang jurujual berkata sebelum kejadin, beliau sempat bertemu dengan anak kesayangannya itu selepas pulang daripada kerja, kira-kira pukul 5 petang semalam.


“Beliau memberitahu saya hendak keluar bersama rakan-rakannya, namun tidak memberitahu hendak ke mana,” katanya yang kelihatan sedih dan pilu dengan kejadian tersebut.

Jenazah selamat disemadikan di Kampung Atas Tol kira-kira 10 pagi.

Dalam kejadian tersebut dua pelajar itu telah mandi di pantai berkenaan bersama-sama dua lagi rakan mereka sebelum lemas.

Mayat Ahmad Bahaqi Muzanni ditemui kira-kira pukul 10.35 malam kira-kira 500 meter daripada lokasi mereka mandi manakala Mohd Mujahid ditemui 10 meter daripada kawasan itu, pada pukul 7 malam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori