• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Masih Mampu Jaga P.Pinang, Bubar Saja BPS

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang agar membubarkan Badan Peronda Sukarela (BPS) dan menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mampu menjaga keselamatan masyarakat di negeri itu.

Beliau berkata seperti penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diharamkan sebelum ini, BPS juga mungkin akan diharamkan kerana penubuhannya bercanggah dengan undang-undang.

“Kita semua tahu PPS telah disahkan sebagai satu pertubuhan tidak sah, jadi saya nasihatkan kerajaan negeri supaya bubarkan BPS yang baharu ini kerana tak guna kalau ada, kita akan haramkannya juga,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum perjanjian antara PDRM dengan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Beliau berkata anggota BPS sebaliknya disaran agar menyertai ‘Community Policing’ atau sebarang pertubuhan sedia ada yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan bernaung di bawah PDRM.

Katanya polis juga mengenal pasti penasihat BPS yang disifatkan sebagai individu yang tidak layak untuk memberi nasihat dalam aspek keselamatan.

“Kalau nak beri nasihat, panggil sahaja ketua polis negeri yang dapat memberikan nasihat lebih baik tentang undang-undang dan hal-hal keselamatan.

“Bila suka-suka buat pertubuhan, ahli-ahlinya ada yang tidak disemak, jadilah macam-macam seperti pukul orang, peras ugut orang. Kita nak elakkan perkara ini daripada berlaku,” kata Khalid.

Beliau memaklumkan indeks jenayah di Pulau Pinang setakat ini tahun ini turun sebanyak enam peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, justeru orang ramai tidak perlu risau dan menyerahkan tugas menjaga keselamatan negara kepada PDRM.

Pada 13 November lepas, Ketua Menteri, Lim Guan Eng melancarkan penubuhan BPS di bahagian pulau negeri ini dan pada 12 November lepas pasukan itu dilancarkan di sebelah Seberang Perai.

Difahamkan BPS, badan sukarela di bawah Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) diletak konon untuk menguruskan hal ehwal keselamatan komuniti bagi mewujudkan persekitaran kejiranan yang selamat dan bersatu padu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang menubuhkan PPS pada 2009 yang kemudian diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa pada 2014 kerana tidak mendaftar dengan ROS. – BERNAMA

Tags: PDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

APM Awasi Kawasan Risiko Bah Lumpur & Tanah Runtuh

Next Post

Netizen ‘Frust’ Lelaki Hensem Curi iPhone 7 Nilai RM14K

Related Posts

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua kes dikenal pasti di negara ini mempunyai kaitan dengan agensi perisikan asing...

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

Next Post

Netizen 'Frust' Lelaki Hensem Curi iPhone 7 Nilai RM14K

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd