• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Keselamatan Sedia Hadapi Sebarang Ancaman

oleh Ahmad Albab
24/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun menasihati orang awam supaya jangan gusar dengan berita tersebar mengenai ancaman termasuk daripada penjenayah rentas sempadan kerana pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau berkata pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), terutama yang bertugas di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), sentiasa memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin.

“Kami tidak pernah kelam-kabut dan melakukan persediaan bagi menjamin kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara dengan apa juga cara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan latihan Bodyguarding Siri 1/2016 di sini, Sabtu.

Abdul Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas cerita yang tersebar di ESSZone kononnya akan ada tindakan balas dendam daripada penjenayah rentas sempadan ekoran kejayaan anggota keselamatan Malaysia menembak mati tiga penjenayah pada 5 Dis lalu di kawasan perairan Pulau Gaya, Semporna.

Pada majlis itu, 28 anggota dan pegawai PDRM berjaya menamatkan latihan dua minggu berkaitan tugas sebagai pengawal keselamatan orang kenamaan termasuk kemahiran menggunakan senjata api dan seni mempertahankan diri. Koperal Fatimah Salam dinobatkan sebagai peserta terbaik.

Abdul Rashid menasihati orang awam supaya tidak gusar mendengar berita seperti itu dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada anggota keselamatan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Teras kepada perkhidmatan kami adalah menjaga keselamatan, nyawa dan harta benda masyarakat. Kami tidak pernah berganjak daripada itu. Masyarakat perlu memberi keyakinan dan kerjasama.

“Sebarang maklumat berhubung dengan soal keselamatan, sila berhubung terus dengan balai polis atau Ketua Polis Daerah berhampiran untuk tindakan segera diambil,” katanya.

Mengenai suspek kes culik serta juragan bot nelayan yang hilang pada 5 Dis lalu itu, Abdul Rashid berkata setakat ini belum ada sebarang penemuan dibuat.

Berhubung kawalan keselamatan menjelang sambutan Krismas esok dan Tahun Baharu 2017, beliau berkata polis akan melaksanakan tanggungajawab sebaik-baiknya namun pada masa sama anggota masyarakat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan keselamatan sentiasa terjamin. – BERNAMA

Tags: ancamanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd