Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Samsung W2016 Dilancarkan, Peranti...

SAMSUNG W2016 akhirnya dilancarkan secara rasmi oleh Samsung untuk pasaran China beberapa hari...

Azhael Gamatkan Majlis Perkahwinan...

UMUM mengetahui pasangan duo, Azhael yang terdiri daripada Azhar Osman dan Hael Husaini...

Isteri Weinstein Sakit Sebab...

BONGKAR... Isteri Harvey Weinstein semalam pertama kali mendedahkan tuduhan salah laku seks suaminya...

Jijik! Pelancong China Bagi...

SEBUAH gambar yang menunjukkan seorang pelancong China membiarkan seorang kanak-kanak lelaki membuang air...

P. Maniam Pengendali Baharu Skuad Liga Super Selangor

KUALA LUMPUR – Bekas penolong jurulatih pasukan Selangor, P. Maniam dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi laman sesawangnya www.faselangor.my memaklumkan Maniam, 48, akan dibantu dua penolong jurulatih yang juga merupakan bekas pemain pasukan itu, K.Gunalan dan Noor Zaidi Rohmat.

“Pelantikan Maniam turut mengambil kira kelayakan minimum terkini Perlesenan Kelab FAM 2017 untuk ketua jurulatih penuhi,” demikian menurut FAS.

Maniam yang juga bekas pemain Selangor pada era 1990-an, memiliki lesen Pro Diploma Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu lesen kejurulatihan tertinggi Asia setaraf lesen Pro Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Beliau bukan nama asing kerana pernah menjadi penolong jurulatih skuad Selangor selama tujuh musim dari 2009 hingga 2015 di bawah beberapa jurulatih berpengalaman termasuk Irfan Bakti Abu Salim, Zainal Abidin Hassan serta K. Devan.

Maniam juga pernah dilantik sebagai pengendali sementara Selangor ketika dua bekas jurulatih iaitu Devan dan Irfan Bakti meletak jawatan pada pertengahan saingan Piala Malaysia, masing-masing pada 2011 dan 2013.


Sebagai rekod, beliau merupakan ketua jurulatih kelab Liga FAM iaitu AirAsia Allstars FC pada musim ini.

Kepulangan semula Maniam menyaksikan Gunalan, 51, yang menjadi pengendali sementara Selangor sejak Ogos lepas, kembali ke jawatan asalnya sebagai penolong jurulatih.

Seorang lagi bekas pemain Selangor, Azlisham Ibrahim, 43, kekal sebagai jurulatih penjaga gol manakala bekas pemain skuad Gergasi Merah dari 1999-2001, Abdul Rauf Ahmad dilantik sebagai pengurus pasukan.

Exco FAS, Omar Ali, 56, yang merupakan bekas jurulatih skuad Piala Presiden Selangor dari 2015-2016, dilantik sebagai penolong pengurus. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori