Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Polis Kelantan Siasat Kekecohan...

TANAH MERAH - Polis Kelantan akan menyiasat berhubung kekecohan yang melibatkan sekumpulan masyarakat...

Shuk Juara Super Bintang...

SHAH ALAM - Pelawak dan penyampai radio, Shuk diangkat sebagai juara Super Bintang...

Wanita Rendam Gajet Apple...

SEORANG wanita di Jepun ini tidak teragak-agak untuk memberi pengajaran kepada teman lelakinya...

Demi Marketing, Sampai Sanggup...

MARTABAT wanita sepatutnya diangkat serta dijaga tidak kira oleh orang lelaki atau wanita...

Nelayan Rusia ‘Viral’ Kongsi Gambar Ikan Pelik Di Twitter

SEBAHAGIAN besar ‘penghuni’ laut dalam mempunyai rupa yang menyeramkan, namun tidak semua yang beruntung untuk dapat melihatnya dengan mata sendiri. Salah seorang daripada yang bertuah itu ialah seorang lelaki Rusia bernama Roman Fedorstov.

Fedorstov merupakan seorang pekerja kapal penangkap ikan laut dalam yang beroperasi di Murmansk, Rusia.

Oleh kerana terlalu kerap berjumpa dengan makhluk-makhluk aneh dan mengerikan yang tersangkut pada jaring tangkapan semasa belayar di lautan Artik, maka dia begitu rajin memuatnaik gambar-gambar hasil tangkapannya dan telah menjadi sensasi di Twitter oleh kerana populari gambar-gambar yang dikongsikan. Antaranya:

fisherman-posts-deep-sea-creatures-roman-fedorstov-russia-15-585a596613055__700

fisherman-posts-deep-sea-creatures-roman-fedorstov-russia-23-585a597394231__700

fisherman-posts-deep-sea-creatures-roman-fedorstov-russia-27-585a597a2847b__700

3b8c420d00000578-0-image-a-29_1482274435715

freaky-deaky-deep-sea-fish-6

fisherman-posts-deep-sea-creatures-roman-fedorstov-russia-33-585a59868b8a5__700

freaky-deaky-deep-sea-fish-9


Jika anda pelik mengapa ikan-ikan ini kebanyakannya berwrna gelap, kan? Ini kerana lautan dalam tidak dapat menerima cahaya matahari lalu menjadikan warna gelap merupakan warna yang paling sesuai kerana ianya meresap apa jua frekuensi gelombang cahaya tanpa membiaskannya semula.

Secara ringkasnya: senang la mereka nak menyorok daripada pemangsa dan memudahkan ikan-ikan ini untuk menangkap mangsa mereka!

Walaupun rata-rata daripada netizen berasa ‘geli’ terhadap tangkapan Fedorstov, namun kesemua makhluk-makhluk itu dipegang dengan tangan tanpa sebarang sarung atau alas.

Gambar-gambar ini memberikan kita peluang untuk menghargai alam semulajadi di Bumi ini dan juga mengajar kita bahawa ciptaan Tuhan itu terlalu luas sehingga tidak tercapai akal manusia untuk memikirkan wujudnya makhluk yang berupa seperti ini.-MYNEWSHUB.CC

 

 

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori