• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Tak Naikkan Cukai Pintu Bagi 2017

oleh Ahmad Albab
14/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Tarif cukai pintu di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan bagi 2017 walaupun terdapat kenaikan nilai hartanah di beberapa kawasan tertentu di negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata meskipun tindakan itu bakal memberi impak dari segi perolehan, keputusan itu tetap dibuat bagi mengurangkan bebanan masyarakat yang ketika ini berdepan kos sara hidup yang tinggi.

“Berdasarkan pembentangan penilaian harta dibuat seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dalam mesyuarat tadi, terdapat peningkatan setiap tahun harga hartanah di kawasan Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Perbandaran Jempol dan Majlis Perbandaran Tampin…memang harga tanah naik melonjak.

“Tindakan ini bakal menjejaskan kos penyelenggaraan termasuk kos emolumen juga meningkat menyebabkan PBT menghadapi isu kurang pendapatan tahunan, namun kerajaan sudah putuskan tidak akan ada kenaikan cukai pintu.

“Dalam keadaan sekarang, sebarang kenaikan cukai atau cukai pintu tidak kena pada masanya…kita tidak mahu membebankan lagi rakyat,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mohamad berkata walaupun perolehan tidak meningkat, tahap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat perlu dijaga, malah boleh dipertingkatkan.

“Tidak semestinya perolehan kita tidak bertambah, tahap perkhidmatan juga tidak boleh dipertingkat…kita boleh tingkatkan lagi perkhidmatan contohnya dalam urusan pungutan sampah dan berkaitan. Saya yakin tidak akan mengganggu atau mengurangkan tahap perkhidmatan kepada masyarakat.

“Saya yakin cara kita mempertingkatkan perkhidmatan melalui dasar kita memakmur negeri, mensejahterakan rakyat dan cara kita memberi perkhidmatan itu sendiri akan dilihat dan diubahsuai supaya yang penting perkhidmatan dapat dilihat dan memberi kemudahan kepada orang ramai,” katanya.

Mohamad turut mengumumkan pengecualian bayaran permit niaga kepada penjaja akan diteruskan sehingga akhir 2017.

“Ia melibatkan penjaja biasa yang jenis buka payung dan bukan tetap seperti peniaga pasar malam. Bagaimanapun lesen berniaga tetap diperlukan tetapi hanya bayaran permit dikecualikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd