• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Bas: Laporan Awal Dua Minggu Lagi – Miros

oleh Ahmad Albab
26/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan mengeluarkan laporan awal mengenai kemalangan bas ekspres di KM137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke utara berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Pagoh pada Sabtu, dalam tempoh dua minggu.

Ketua Pengarah Miros Prof Dr Wong Shaw Voon berkata institut itu sedang menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh untuk mengenal pasti punca sebenar nahas itu, yang menyebabkan 14 penumpang terbunuh.

Beliau berkata pihaknya menerima kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam mengumpul maklumat diperlukan.

“Agensi berkenaan sedang menjalankan siasatan mengikut keperluan dan kapasiti masing-masing yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan pemandu, pengendalian syarikat, jalan raya serta keadaan bas terbabit.

“Kesemua maklumat yang dikumpulkan akan diteliti sebelum laporan awal dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dengan objektif utama mengenal pasti ruang penambahbaikan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 3.30 pagi itu turut menyebabkan 16 penumpang lagi cedera selepas bas ekspres itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru, terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter.

Wong berkata semua pihak termasuk pengusaha bas dan penumpang perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang.

Pihak pengusaha juga perlu memastikan pemandu mempunyai rehat secukupnya selain dalam keadaan cergas dan sihat untuk menjalankan tugas dengan baik kerana ia melibatkan keselamatan penumpang, katanya.

“Pemandu wajib memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka tidak berkeupayaan untuk menjalankan tugas selain penumpang boleh mengingatkan atau menegur pemandu sekiranya memandu dalam keadaan berbahaya.

“Sebagai pengguna perkhidmatan itu, penumpang digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pengendali bas yang lebih selamat dengan memilih bas yang telah ditaraf bintang oleh Miros dengan merujuk laman sesawang kami di http://ssg.miros.gov.my ,” katanya. – BERNAMA

Tags: bas ekspres
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd