• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Myanmar Henti Hantar Pekerja Tidak Jejas Malaysia

oleh Ahmad Albab
10/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Malaysia tidak akan terjejas sekiranya kerajaan Myanmar menyekat rakyatnya datang bekerja di negera ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata tindakan Yangon itu tidak memberi impak khususnya kepada sektor pengeluaran domestik negara memandangkan Myanmar bukan sumber utama bekalan tenaga kerja asing.

“Sumber utama tenaga pekerja bagi Malaysia adalah dari Bangladesh, Indonesia dan Kemboja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Hala Tuju Koperasi Bela Rakyat Malaysia (Kobera) di Bukit Merah Laketown Resort di sini hari ini.

Pada Isnin, Kementerian Imigresen Myanmar menerusi satu kenyataan mengumumkan pemberhentian pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.

Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar yang melarang rakyat negara itu bekerja di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut meminta koperasi di negara ini memanfaatkan sepenuhnya perniagaan secara dalam talian untuk memasarkan produk mereka bagi memperluaskan rangkaian masing-masing.

“Anggota koperasi terbabit juga perlu dilatih semula bagi membolehkan mereka menggunakan internet untuk memasarkan produk.

“Ada sesetengah koperasi tidak mempunyai satu produk pun dan mereka boleh menjalinkan perniagaan secara dalam talian bagi mencipta (memasar) produk,” katanya.

Mengenai Kobera, Hamzah berkata ketika ini terdapat 300 buah sedang beroperasi di seluruh negara sejak 2008 tetapi hanya 151 yang kekal aktif.

“Sebab itu pendapatan koperasi terbabit yang aktif hanya RM3 juta tahun ini dan ia merupakan pendapatan yang sangat kecil,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hamzah Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

03/12/2023
0

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd