• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MKN Sabah Hantar Balik 4,169 Pati Ke Negara Asal

oleh Ahmad Albab
21/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Gerak kerja pengusiran intensif oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah membolehkan seramai 4,169 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dihantar balik ke negara asal dalam tempoh 35 hari iaitu sejak 15 Nov lepas hingga semalam.

Pengarah MKN Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata jumlah pengusiran PATI seramai 22,617 pada sejak Januari hingga semalam mencatatkan rekod apabila sejak 1990 hingga semalam, seramai 552,558 PATI warga asing telahpun diusir dari negeri Sabah.

Katanya statistik ini jelas membuktikan bahawa kerajaan komited dalam menunaikan janjinya untuk membersihkan Sabah daripada gejala PATI dan usaha ini dilaksanakan secara berterusan melalui tindakan pelbagai agensi penguatkuasaan secara bersepadu yang diterajui oleh MKN Sabah.

Menurutnya operasi untuk menahan serta mengusir PATI akan sentiasa menjadi keutamaan dan diteruskan bagi memenuhi aspirasi rakyat serta kerajaan yang mahukan negeri Sabah bebas daripada masalah PATI.

Ia juga selaras dengan keputusan kerajaan melalui Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah yang dipengerusikan bersama oleh timbalan perdana menteri dan ketua menteri Sabah, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, seramai 398 PATI warganegara Filipina telah diusir dalam gerakan pengusiran melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina.

Dari jumlah tersebut, 195 orang adalah dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, 201 orang dari PTS Papar manakala dua orang lagi adalah PATI yang ditahan di PTS Sandakan.

Rodzi berkata seramai 3,795 lagi PATI masih ditahan di empat pusat tahanan sementara di Sabah iaitu seramai 724 di PTS Kota Kinabalu, 1,523 di PTS papar, 477 di PTS Sibuga, Sandakan dan 1,071 di PTS Tawau.

Menurutnya sesemua PATI ini akan diusir segera sebaik sahaja urusan dokumentasi perjalanan mereka diterima dari Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: MKNPati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skim PPBP: Pesakit Tidak Mampu Bayar Tetap Akan Dirawat

Next Post

“Jangan Jadi Nasi Tambah Benda Saya Tak Cakap”

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Next Post

"Jangan Jadi Nasi Tambah Benda Saya Tak Cakap"

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd