• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Komited Rintis Pelbagai Program Teknologi Hijau

oleh Ahmad Albab
19/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka terus komited untuk menjadi perintis dalam melaksanakan pelbagai program teknologi hijau bagi mengekalkan statusnya sebagai negeri bandar teknologi hijau.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata program itu penting bagi mengadaptasi teknologi hijau dalam mengatasi isu melibatkan pencemaran udara, kesesakan lalu lintas dan pengangkutan.

“Saya percaya jika kita melaksanakan kerja masing-masing maka kita akan mencapai visi untuk menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi hijau di negara ini sekali gus menjadi contoh kepada negeri lain.

“Justeru, kami akan melantik pegawai bertanggungjawab bagi meneruskan usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan strategi daya tahan secara komprehensif dan berkesan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan ‘Resilience Agenda Setting Workshop’ anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan The Rockefeller Foundation (100RC) yang turut dihadiri Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Husin.

Md Yunos berkata pendedahan mengenai kesedaran dan ilmu berkaitan teknologi hijau kepada masyarakat penting bagi mengatasi kemusnahan alam dan sumber asli selain berperanan sebagai alternatif dalam meningkatkan ekonomi negara.

Beliau berkata Melaka telah mengga­riskan panduan dan ciri pembangunan dalam kawasan bandar hi­jau bagi menjamin kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

“Ini menunjukkan kerajaan negeri serius menjadi peneraju menghasilkan inovasi signifikan dan berimpak tinggi kepada negara termasuk dalam pembangunan teknologi hijau seperti kempen tanpa beg plastik dan polisterin,” katanya.

Katanya Melaka merupakan satu daripada 37 bandar raya berdaya tahan yang bakal menerima sokongan sumber serta teknikal daripada 100RC bagi membangunkan serta melaksanakan pelan pembangunan teknologi hijau. – BERNAMA

Tags: MelakaTeknologi Hijau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd