• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekspo Milan, Matrade Dedah Muhyiddin Berbohong

oleh AK-47
14/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyelar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sanggup berbohong kepada umum mengenai Ekspo Dunia Milan 2015.

Matrade dalam satu kenyataan hari ini menegaskan dakwaan Muhyiddin kononnya gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa diturunkan dalam ekspo tersebut tidak berlaku seperti yang diperkatakan.

“Semua pihak yang terlibat dalam Malaysia Pavilion sewaktu ekspo tersebut telah mengesahkan dakwaan Muhyiddin itu tidak berasas.

“Kami kesal dengan percubaannya untuk menjejaskan profesionalisme dan kecekapan pegawai yang terlibat dalam pengurusan ekspo tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Muhyiddin sewaktu berucap dalam satu majlis anjuran parti barunya mendakwa kononnya gambar Perdana Menteri terpaksa diturunkan di Ekspo Dunia Milan 2015 kerana memalukan negara.

Matrade selanjutnya menjelaskan, Malaysia Pavilion dalam Ekspo Dunia Milan 2015 yang mempunyai gambar Najib mendapat penyertaan seramai 3.1 juta pengunjung yang menjana kewangan Euro 960,000.

“Malaysia Pavilion merupakan salah satu pavilion yang paling kerap dilawati di ekspo tersebut disebabkan oleh penganjurannya yang cemerlang,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MatradeMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd