• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Kewangan KAFA Perlu Diselesaikan Segera

oleh Ahmad Albab
25/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mahu masalah kewangan yang membelenggu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini diatasi segera.

Menurutnya, ia perlu bagi memastikan skuad The Red Warriors dapat membuat persediaan rapi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan ‘Apek’ mengakui masalah itu sedikit sebanyak mengganggu emosi pemain tetapi yakin ia mampu diatasi oleh pengurusan pasukan.

“Kami (pemain) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sekiranya keputusan kurang positif dicapai pada 29 Dis nanti, saya harap KAFA masih mengutamakan kebajikan pemain yang telah banyak berjasa selama ini,” katanya.

Khairul Fahmi baru dinamakan sebagai Penjaga Gol Terbaik buat kali kelima pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016, Jumaat lepas.

Sebagai rekod, Khairul Fahmi pernah memenangi anugerah sama dari 2010 sehingga 2013.

Menurut Khairul Fahmi, skuad Kelantan kini giat menjalani latihan pra-musim di bawah kendalian Zahasmi Ismail yang merupakan bekas pemain pasukan itu pada era 1990-an.

KAFA dilaporkan mahu menarik diri daripada Liga-M 2017 memandangkan persatuan itu hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil sedangkan mereka memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan tersebut.

Keputusan terakhir sama ada Kelantan akan menarik diri daripada menyertai Liga-M musim depan akan dibuat menerusi Kongres Luar Biasa KAFA pada 29 Dis ini.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menetapkan tempoh akhir pendaftaran pasukan untuk Liga-M 2017 pada 31 Dis ini.- BERNAMA

Tags: KAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesawat Tentera Rusia, Tu-154 Hilang Secara Misteri

Next Post

Hotel Singapura ‘Bajet’ Hias Krismas Pun Kitar Semula

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

Hotel Singapura 'Bajet' Hias Krismas Pun Kitar Semula

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd