• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mahu Penjelasan Peletakan Aset Tentera China

oleh AK-47
17/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menuntut penjelasan China berhubung dakwaan peletakan aset ketenteraan republik itu di tujuh pulau buatan di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan menulis surat kepada rakan sejawatannya di China, Jeneral Chang Wanquan dalam tempoh terdekat bagi tujuan berkenaan.

“Saya juga akan menulis surat kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Ashton Carter berhubung gambar didedahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Amerika Syarikat, Inisiatif Ketelusan Maritim Asia (AMTI) menunjukkan (didakwa) aset tentera China yang diletakkan di perairan itu,” katanya pada majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera ke-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata perkara itu boleh menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat antarabangsa malah mampu menggugat kestabilan dan keamanan di Laut China Selatan sekiranya dakwaan itu terbukti benar.

Terdahulu, Hishammuddin menyaksikan majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Panglima Angkatan Tentera ke-19 antara Jen. Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd Zin dan Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan di sini.

Raja Mohamed Affandi yang sebelum ini menjawat jawatan Panglima Tentera Darat selama kira-kira tiga tahun secara rasmi dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke-19 hari ini.

Beliau menggantikan Zulkifeli yang melepaskan jawatannya hari ini dan akan bersara wajib.

Raja Mohamed Affandi, 59, yang memulakan khidmatnya dalam ATM pada 1976 berkata amanah itu akan dipegang dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

Panglima Medan Barat Tentera Darat Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim mengambil alih tugas sebagai Panglima Tentera Darat ke-26 hari ini.

Pada majlis itu, Hishammuddin turut mengumumkan pelantikan Timbalan Panglima Tentera Udara Left. Jen. Datuk Seri Affendi Buang sebagai Panglima Tentera Udara yang baharu menggantikan Jen. Tan Sri Roslan Saad yang akan bersara berkuat kuasa 21 Disember ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Hadir Majlis Perkahwinan Arif Aiman

Tunku Mahkota Ismail, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Hadir Majlis Perkahwinan Arif Aiman

26/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan isteri, Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor berkenan berangkat ke majlis...

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd