• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tetapkan 2 Feb Dengar Rayuan Adam Adli

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Feb tahun depan sebagai tarikh untuk mendengar rayuan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim, terhadap sabitan kesalahannya kerana menghasut.

Pihak pendakwa juga mengemukakan rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk menggantikan hukuman penjara 12 bulan terhadap Adam oleh Mahkamah Sesyen kepada denda RM5,000.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan tarikh pendengaran itu selepas perkara berkenaan disebut di mahkamah hari ini sementara menunggu keputusan satu lagi rayuan menghasut dalam kes Muhammad Safwan Anang.

Timbalan Pendakwa Raya Nurshafini Mustafha memberitahu mahkamah bahawa pihaknya ingin mengkaji dahulu keputusan mahkamah dalam kes Muhammad Safwan.

Bagaimanapun, Mohtarudin mencadangkan supaya tarikh pendengaran itu ditetapkan terlebih dahulu dan pada hari berkenaan, pihak pendakwa boleh membuat keputusan sama ada ingin menarik balik rayuan atau meneruskannya.

Beliau berkata seorang daripada hakim, yang menganggotai panel Mahkamah Rayuan bagi kes Muhammad Safwan, masih bercuti sakit.

Pada 18 Julai tahun ini, panel tiga anggota Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Mohtarudin, Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham menangguhkan keputusan mereka setelah mendengar hujah rayuan Muhammad Safwan, bekas aktivis pelajar, berhubung sabitan kesalahannya memberi ucapan berbaur hasutan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada 13 Mei 2013.

Pihak pendakwa membuat rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menggantikan hukuman penjara 10 bulan yang dikenakan Mahkamah Sesyen terhadap Muhammad Safwan kepada denda RM5,000 atau dua tahun penjara.

Adam dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen pada 19 Nov 2014 kerana didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan pada satu perhimpunan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini di antara 8.55 malam dan 11.15 malam 13 Mei 2013.

Adam merayu terhadap sabitan kesalahannya manakala pihak pendakwa mengemukakan rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menggantikan hukuman penjara dengan denda RM5,000.

Peguam Melissa Sasidaran mewakili Adam Adli. – BERNAMA

Tags: Adam Adli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Tertuduh Kes Dadah Dalam Cecair Vape Hantar Representasi

Next Post

Anggota JPJ Tak Sempat Tahu Isteri Hamil Anak Kembar

Related Posts

Jangan Politikkan Sambutan Hari Kebangsaan

Jangan Politikkan Sambutan Hari Kebangsaan

20/08/2023
0

IPOH – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berharap sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada 31 Ogos ini...

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Next Post

Anggota JPJ Tak Sempat Tahu Isteri Hamil Anak Kembar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd